Gobalakrishnan Akhirnya Terpaksa Mengemis Merayu Untuk Mempertahankan Kawasan Dari UBN….

Anggota Parlimen (MP) Padang Serai N Gobalakrishnan memohon jasa baik Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan beliau menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau memenangi kerusi Parlimen Padang Serai atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dan mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Anggota Parlimen bebas awal tahun lepas.

Gobalakrishnan yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Perkemas) berkata beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan berdasarkan kerja keras beliau bertungkus lumus sejak lebih tiga tahun lalu berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut.
 
“Selepas saya keluar daripada PKR, berbagai program diatur untuk kemudahan penduduk sekitar Lunas dan Paya Besar dan telah ramai pengundi-pengundi yang satu ketika dulu condong kepada pembangkang kini menyokong kerajaan BN,” katanya kepada pemberita di Paya Besar di Kulim hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penasihat Undang-Undang Perkemas Saiful Ambar Abdullah Ambar dan Presiden Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Kedah Khairul Anuar Ramli.

Katanya jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya  M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif.

Beliau yakin Naib Presiden PKR R. Surendran yang diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen itu oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hilang wang pertaruhannya kerana kemunculan Surendran membawa isu-isu lapuk mengenai masyarakat India tempatan sejak sebulan dua lalu memualkan masyarakat di Kulim.

– Bernama

2 Komen

  1. Sometimes directories may take time to approve your submission a visibility
    boost. Hiring a professional SEO service provider also allows you to concentrate on your original content on
    the website, quality link building, etc. SEO, Search Engine Marketing is a technique through
    which webmasters try to make your website reach the top of
    search effects, that you will already be able to gauge your return of investment.
    You’ll find tons of people in your targeted niche Sales Pitch. 85 * 0) Description tag),. Claim your Places/map a weekly basis or sooner if you are doing heavy marketing with SEO. Make sure that every keyword on the home page is on all of the deep pages, but you can add additional small sites. All of what is described above will product as well as effective search engine optimisation and marketing is crucial. You?ll rank much higher and faster Next.

  2. Hi there i am kavin, its my first occasion to commenting anywhere, when i read this paragraph i thought
    i could also create comment due to this sensible piece of writing.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s