Umno,MCA Berebut Kerusi Parlimen Wangsa Maju

Admin

Selama ini TV1,Tv3 Utusan melaporkan cuma yang merebut kawasan adalah PR,UBN semuanya baik…Kah.kah.kah..Rupanya kebenarannya BN lagi parah..Umno dah jadi abang besar MCA berani kata apa rampas kawasan pun tak boleh nak kata apa…Sebenarnya dalam UBN tak ada kesepakatan,toleransi cuma yang ada kukubesi..Kalau MCA tak puas hati tinggalkan BN sekiranya tak mau bersama PR pun bertanding di bawah tiket MCA kan senang…

MCA Wangsa Maju menuduh Umno tidak mengamalkan ‘semangat BN’ dan mendakwa buktinya ialah usaha setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah, untuk “merompak” kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA.

NONESetiausaha Organisasi MCA Wangsa Maju,  Lim Choon Hong berkata
Shafie (kiri) telah menjadi ketua BN Wangsa Maju dan “langkah seterusnya adalah mereka (Umno) akan mengambil kawasan pilihan raya kami”.

Malah, Lim memberitahu satu sidang akhbar pagi ini bahawa ia tidak pernah pun dibincangkan dengan mereka.

Manakala timbalan ketua bahagian berkenaan, Ng Kiat Ling berkata MCA Wangsa Maju telah bekerja keras sejak bertahun-tahun di kawasan itu yang telah menjadi kerusi tradisi untuk parti itu di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Anda (Umno) kini mahu mengambilnya (Wangsa Maju). Ini tidak adil kepada kami!” Kata Ng.

Wangsa Maju Umno telah mengintai kerusi itu sejak 2008 dan mahu Shafie, yang juga ketua Umno bahagian tersebut, bertanding di situ.

Jumaat lepas, Shafie menghadiri sesi solat dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wangsa Maju. Ini menimbulkan cakap-cakap bahawa Shafie telah mendapat restu kepimpinan Umno pusat untuk bertanding di Wangsa Maju.

Sejak minggu lalu, akhbar Cina membuat spekulasi bahawa MCA akan memberi laluan kepada Umno di beberapa kawasan Parlimen, termasuk Wangsa Maju dan Gelang Patah di Johor.

Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sehingga ini hanya mengesahkan bahawa Tronoh – sebuah kerusi DUN di Perak –  akan “dipinjamkan” kepada MIC.

Presiden MCA itu menjelaskan justifikasi di sebalik keputusan ini di  Facebook beliau, di mana beliau juga menggesa ahli MCA supaya bertenang dan mengelak daripada mensabotaj BN.

Spekulasi bertiup kencang untuk seketika bahawa MCA telah bersetuju Umno mengambil alih kerusi Wangsa Maju dan ini meningkatkan lagi rasa tidak puas hati dalam MCA di peringkat akar umbi.

mca member ngo support yew teong look 100413 2Kira-kira 3,000 ahli MCA dan penyokong berkumpul di majlis makan
malam malam tadi, menuntut supaya ketua bahagian MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look (kanan) dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi tersebut.

Beberapa anggota parti meluahkan kemarahan mereka kepada presiden MCA kerana tidak memaklumkan kepada akar umbi mengenai dakwaan keputusan untuk memberikan kawasan tradisi MCA itu kepada Umno.

Perhimpunan merangkap makan malam itu yang diadakan di Danau Kota, Setapak, dianjurkan oleh kira-kira 80 organisasi tempatan.mk

1 Komen

  1. After I originally left a comment I appear to have clicked the -Notify
    me when new comments are added- checkbox and now each time a comment
    is added I get 4 emails with the same comment. Is there an easy
    method you are able to remove me from that service?
    Thanks!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s