Sejak Bila UBN Maukan Islam Ni?Dan Kenapa Hanya Kelantan!

PRU13BN BN janji ubah landskap Kelantan paksikan Islam

PRU13

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) Kelantan berjanji untuk mengubah landskap negeri ini dengan pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju berpaksikan Islam.

Perkara itu dinyatakan dalam Manifesto atau Akujanji BN khas untuk Kelantan bertemakan ‘Rakyat Dihati Janji Ditepati’ yang dilancar Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed di Bangunan Umno di sini, hari ini.

BN juga mahu menampilkan imej Islam sebagai agama kemajuan, progresif dan berpaksikan kepada kejayaan dalam usaha membawa perubahan besar di Kelantan.

BN akan memperlihatkan Islam dari segi kemuliaan akidah bagi memastikan kemajuan dan kemakmuran umat Islam dan rakyat Kelantan menjadi kenyataan berdasarkan prinsip maqasid syariah.

“Inilah kewajipan kita, sebab kita akan berdiri di atas dua prinsip penting iaitu Islam dan kecemerlangan,” kata Mustapa.

Menurut Akujanji BN Kelantan itu, BN akan melaksanakan pentadbiran negeri ini berteraskan Islam, mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyah) dalam semua pendekatan, meningkatkan peranan institusi masjid dan surau sebagai pusat
pendidikan seumur hidup.

BN juga berjanji untuk mengadakan program pembangunan ummah dan pembinaan insan secara tersusun dan bersepadu, memantapkan institusi pengajian al-Quran, menubuhkan pusat latihan perkaderan Islam dalam melahirkan para daei (pendakwah), imam dan pegawai masjid yang berwibawa, menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.

Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat, menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat, mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan kenaikan gaji.SETERUSNYA

Admin:

Pemimpin UBN sering kali akan menggunakan islam untuk menawan negeri Kelantan..islam bukan untuk di pergunakan atau di main untuk menjadi modal Politik bagi meraih kemenangan seperti yang di lakukan oleh UBN..Islam adalah suatu amalan yang harus di amalkan bukan hanya ketika pilihan raya..

UBN Kelantan menjanjikan ubah landskap Kelantan paksikan Islam..Kepada  Datuk Seri Mustapa Mohamed adakah sekarang ni Kelantan yang di perintah oleh seorang Tuan Guru Nik Aziz yang mahir dalam bidang agama jujur dan iklas dalam pentakbiran beliau, selama 22 tahun lebih,lansung tak pernah terlibat dengan skandal,rasuah dan di anggap bersih itu bukankankah contoh yang islam maukan….Kalau nak di bandingkan pemimpin UBN yang mentakbir berberapa negeri tak sampai pun sepenggal dah terlibat dengan rasuah…

Kelantan di gelar sebagai serambi Mekah kerana Landskap dan pentakbiran seorang Ulamak tersohor yang menjadikan Al-quraan dan sunah sebagai sumber rujukan dalam pentakbiran di KELANTAN.Ilmuan agama dan ulamak tak kurang banyaknya di hasilkan dari negeri Kelantan….

Mustapa nak bawa islam yang macam mana pulak ke Kelantan adakah islam ala UBN YANG MENGHALALKAN YANG HARAM DAN MENGHARAMKAN YANG HALAL…ATAU ISLAM ALA KAMAL ATARTURK..

Ini adalah bukti bahawa selama ini memang umnoapco barisan nasional tidak pernah memperjuangkan Islam,islam hanya digunakan untuk menarik minat atau simpat pengundi melayu untuk mneyokong mereka…

BN akan melaksanakan pentadbiran negeri ini berteraskan Islam,

Umno sendiri yang menolak Hukum Islam di laksanakan di Kelantan dengan berbagai ugutan dan alasan,rakyat tak mudah lupa dengan apa yang pernah di lakukan oleh UBN terhadp negeri itu untuk bersungguh-sunguh meklaksankan undang-undang islam di Kelantan sehinggakan ada pemimpin Umno yang mempersendakan sekirannya hendak makan sup tangan pergi ke Kelantan dan banyak lagi…Habis sekarang ni Mustapa Muhamad menjanjikan Islam kepada rakyat kelantan…Pentakbiran negeri berteraskan islam macam mana kalau dah tolak undang-undang islam,Jangan perbodohkan rakyat..

BN berjanji untuk meningkatkan kualiti sekolah agama rakyat

Satu lagi skrip penipu dari UBN siapa yang mengarahkan sekolah-sekola pondok di tutup sebelum ini dan segala peruntukan lansung tak di salurkan…PAS atau UBN, rakyat yang cerdik mampu berfikir dan membuat pilihan yang tepat…

Pembohongan demi pembohongan di buat oleh UBN,kenapa hanya Kelantan sahaja di janjikan pentakbiran berteraskan islam,kenapa tidak di seragamkan keseluruhan negeri dalam Malaysia sekiranya UBN benar-benar sirius dan ikhlas untuk menjadikan islam sebagai teras kepada pentakbiran…kenapa hanya Kelantan! ini membuktikan UBN hanya sekadar bercakap bukan untuk di laksanakan…Lagi pun selama ini yang berkuasa di peringkat pentakbiran pusat adalah UBN,kenapa tidak laksanakan saja.

Rakyat Kelantan tak munkin akan memberi undi kepada UBN setelah lebih 22 tahun UBN tidak memperdulikan TUNTUTAN rakyat negeri itu setelah hak mereka di curi oleh kerajaan UBN…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s