Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Menafikan Umno Mencuri Kerusi Parlimen Wangsa Maju Dari MCA!

Kenyataan Ku Nan Yang Bercanggah Dari Kenyataan MCA Yang Menuduh Umno Mencuri Kerusi Parlimen Wangsa Maju

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata MCA telah mengembalikan kerusi parlimen Wangsa Maju kepada Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Bahkan tegasnya, Umno tidak berniat untuk merampas mana-mana kerusi termasuk di Wangsa Maju kerana BN mengambil sikap secara konsensus untuk menyelesaikan masalah.

NONE“Di Wangsa Maju, sebenarnya dia (MCA) beri balik kepada kita. Dahulu, semasa saya jadi pengerusi perhubungan Umno negeri kerusi (itu) khusus untuk kaum India.

“Entah tak tahu macam mana, diberikan kepada MCA bertanding. Itu saya tidak tahu. Semasa saya jadi pengerusi perhubungan, saya tahu ada lebih kurang 100,000 orang India.

“Jadi saya cadangkan tempat ini diberikan kepada kaum India. Tapi diberi kepada MCA, pinjamlah. Sekarang, MCA pulangkan balik dan dia baca keadaan. Dia rasional,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan KARISMA anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur di Putrajaya.

Beliau mengulas berhubung kemarahan ahli akar umbi MCA berhubung beberapa kerusi yang “dipinjamkan” kepada Umno dan parti komponen lain pada pilihan rayan umum akan datang.

Kerusi lain barangkali…

Antara kerusi yang menjadi pertikaian akar umbi adalah Gelang Patah, Tebrau, Wangsa Maju dan Kuantan.

Malah Pengerusi BN Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah dilapor membidas sikap dan tindak tanduk segelintir pemimpin MCA bahagian Wangsa Maju yang cuba menggertak BN bahagian itu menjelang pilihan raya umum.

mca member ngo support yew teong look 100413 lim choon hongBeliau menyifatkan kenyataan Setiausaha MCA bahagian Lim Choon Hong (kanan) yang mengugut menarik diri sekiranya ketua mereka Datuk Yew Teong Look tidak dicalonkan sebagai “memalukan BN”.

Sementara itu, ditanya sama ada Umno akan bertanding kerusi lain MCA – antaranya yang disebut-sebut Gelang Patah dan Kuantan – Tengku Adnan berkata:

“Setakat ini barangkali… Kamu tunggulah (pengumuman),” katanya sambil menambah dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib hujung minggu ini atau awal minggu depan.

Diminta mengesahkan sama ada pembahagian kerusi “yang dipertikaikan” itu telah selesai, Tengku Adnan enggan menjawab secara langsung sebaliknya berkata:

“Kita ikut apa yang telah diputuskan,” katanya sambil menambah selepas ini Najib akan menyampaikan watikah calon kepada ketua perhubungan Umno negeri untuk diumumkan.MK

Kenyataan dari MCA:Umno Merompak Kawasan Mereka!

MCA Wangsa Maju menuduh Umno tidak mengamalkan ‘semangat BN’ dan mendakwa buktinya ialah usaha setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah, untuk “merompak” kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA.

NONESetiausaha Organisasi MCA Wangsa Maju,  Lim Choon Hong berkata
Shafie (kiri) telah menjadi ketua BN Wangsa Maju dan “langkah seterusnya adalah mereka (Umno) akan mengambil kawasan pilihan raya kami”.

Malah, Lim memberitahu satu sidang akhbar pagi ini bahawa ia tidak pernah pun dibincangkan dengan mereka.

Manakala timbalan ketua bahagian berkenaan, Ng Kiat Ling berkata MCA Wangsa Maju telah bekerja keras sejak bertahun-tahun di kawasan itu yang telah menjadi kerusi tradisi untuk parti itu di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Anda (Umno) kini mahu mengambilnya (Wangsa Maju). Ini tidak adil kepada kami!” Kata Ng.

Wangsa Maju Umno telah mengintai kerusi itu sejak 2008 dan mahu Shafie, yang juga ketua Umno bahagian tersebut, bertanding di situ.

Jumaat lepas, Shafie menghadiri sesi solat dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wangsa Maju. Ini menimbulkan cakap-cakap bahawa Shafie telah mendapat restu kepimpinan Umno pusat untuk bertanding di Wangsa Maju.

Sejak minggu lalu, akhbar Cina membuat spekulasi bahawa MCA akan memberi laluan kepada Umno di beberapa kawasan Parlimen, termasuk Wangsa Maju dan Gelang Patah di Johor.

Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sehingga ini hanya mengesahkan bahawa Tronoh – sebuah kerusi DUN di Perak –  akan “dipinjamkan” kepada MIC.

Presiden MCA itu menjelaskan justifikasi di sebalik keputusan ini di  Facebook beliau, di mana beliau juga menggesa ahli MCA supaya bertenang dan mengelak daripada mensabotaj BN.

Spekulasi bertiup kencang untuk seketika bahawa MCA telah bersetuju Umno mengambil alih kerusi Wangsa Maju dan ini meningkatkan lagi rasa tidak puas hati dalam MCA di peringkat akar umbi.

mca member ngo support yew teong look 100413 2Kira-kira 3,000 ahli MCA dan penyokong berkumpul di majlis makan
malam malam tadi, menuntut supaya ketua bahagian MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look (kanan) dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi tersebut.

Beberapa anggota parti meluahkan kemarahan mereka kepada presiden MCA kerana tidak memaklumkan kepada akar umbi mengenai dakwaan keputusan untuk memberikan kawasan tradisi MCA itu kepada Umno.

Perhimpunan merangkap makan malam itu yang diadakan di Danau Kota, Setapak, dianjurkan oleh kira-kira 80 organisasi tempatan.MK

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s