Ku Nan Bakal Di Lucutkan Dari Menjadi Calon Putrajaya Ekoran Tindakan Beliau Menampar Seorang Staff Di JPM..

KUALA LUMPUR: Hasrat Datuk Husam Musa untuk bertembung dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor di Putrajaya dalam pilihan raya umum kali ini mungkin tidak akan kesampaian.

Ini kerana, angin semakin kencang bertiup kononnya Tengku Adnan tidak akan diletakkan sebagai calon di Putrajaya kali ini.

Ini ekoran satu laporan polis dibuat ke atas beliau kerana menampar seorang pemimpin Umno tempatan yang datang berjumpa beliau.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Presint 7, 5 April lepas itu dipercayai menjadi pukulan terakhir untuk mengenepikan beliau sebagai calon Putrajaya.

Sebelum ini, media mula memainkan berita kononnya Tun Dr Mahathir sendiri akan bertanding di Putrajaya.

Nama rakan Khairy Jamaludin, Zaki Zahid (gambar kanan)juga disebut-sebut bakal bertanding di Putrajaya.

Namun hubungan beliau dengan Khairy dipercayai menjadi penghalang utama kepada pemilihan beliau sebagai calon.

Zaki Zahid sebelum ini adalah Ketua Unit Dasar Pejabat Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Di sebalik itu, sebuah akhbar melaporkan Dr Mahathir yang sibuk berkempen seluruh negara sekarang berminat untuk bertanding di sana.

“Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini,” lapor akhbar itu.

Ekoran itu, NGO yang berpusat di Kelantan, ‘R’ menyatakan kesediaan mereka untuk bertemu dengan jentera Mahathir di Putrajaya.

“Nampaknya Tun Mahathir risau bandar kebanggaannya iaitu Putrajaya tumbang ke tangan “Sultan Muhammad Al Fateh Melenium” aka  Dato Husam Musa,” tulis Presiden R5, Nazri Deraman kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, kerisauan Tun Mahathir ada sebabnya, kerana Tengku Adnan Mansor dilihat tidak berupaya langsung untuk melawan tokoh besar itu.

Bagi beliau, pengunduran Tengku Adnan akan dilihat memberi kemenangkan moral yang besar kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU13 nanti.

Dilihat juga kenyataan arwah Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS yang mendoakan Mahathir lanjut usia bagi Tun melihat kemusnahan yang pernah dilakukan sewaktu memegang jawatan PM dulu menjadi REALITI dgn Kekalahan Tun Mahathir di tangan Husam Musa dalam bandar rekaannya, tulis Nazri lagi.

“InsyaAllah kami yakin dan percaya, rakyat Putrajaya dan Malaysia tidak sabar untuk melihat pertempuran paling sengit di Malaysia dalam PRU13 nanti di Putrajaya dan tumbangnya BN di Malaysia,” kata Nazri.

Bagi beliau, kerusi Putrajaya akan dinilai oleh masyarakat dunia, kerana ia merupakan pusat pentadbiran Malaysia.

“R menyokong penuh kesediaan Dato Husam Musa untuk bertanding di Parlimen PUTRAJAYA, dan akan mengerahkan seluruh jentera dan aktivis R seluruh negara bagi membantu jentera kempen di Putrajaya.

“Ayuh jadilah Sukarelawan R untuk menumbangkan Tun Mahathir dan mana-mana calon BN di Putrajaya, untuk Malaysia BARU,” ajak Nazri kepada semua penyokong Pakatan Rakyat. Sumber 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mendakwa dirinya seorang kakitangan di Jabatan Perdana Menteri mendakwa telah dibelasah oleh seorang pemimpin kanan Umno.

Lelaki tersebut yang juga berstatus ketua cawangan Umno itu mendakwa, kejadian itu berlaku di Putrajaya pada 5 April lalu pada sekitar jam 11.30 pagi.

Ekoran itu juga mangsa telah membuat satu laporan polis terhadap pemimpin kanan Umno itu di IPD Putrajaya pada hari sama.

Dalam salinan laporan polis yang dihantar kepada media, pengadu mendakwa telah pergi ke pejabat pemimpin Umno itu pada hari tersebut untuk mengadu masalah yang dihadapinya.

“Sebaik saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan saya.

“Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya.

“Saya telah mengalami kesakitan di bahagian muka dan belakang badan saya tetapi tiada sebarang kecederaan ataupun luka yang saya alami,” laporan polis itu dipetik.

“Tujuah saya buat laporan polis ini adalah untuk melindungi diri dan takut sekiranya saya diapa-apakan di kemudian hari.

“Laporan polis dibuat oleh saya tanpa dipaksa oleh mana-mana individu,” kata lelaki berusia 50 tahun itu.

Mangsa juga mendakwa sedang menimbang untuk membawa kes itu kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Sumber 

1 Komen

  1. almed ambnt ojef wmhz wmuub.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s