Sah Bekas Menteri Besar Selangor Mat Taib Sertai PAS…

Borang kemasukkan yang sudah diisi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib kini berada ditangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, kata sumber yang juga pemimpin tertinggi veteran PAS hari ini.

Muhammad merupakan bekas pemimpin utama dalam Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.

“Ya, Muhammad akan sertai kami,” kata pemimpin tertinggi veteran itu kepada The Malaysian Insider. “Beliau sudah mendekati beberapa pemimpin utama ketika ini.

“Ini agak signifikan buat kami, ia satu kelebihan walaupun dosa lampau dan kesalahan yang dilakukannya dahulu.”

Sumber tersebut juga memberitahu pengumuman akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman yang dihubungi walau bagaimanapun pula berkata mungkin terdapat kebenaran berita tersebut, tetapi tidak dapat mengesahkannya memandangkan belum menerima borang daripada Muhammad lagi.TMI

 

 Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, bekas menteri besar  itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.

“Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.

“Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

“Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini,” katanya.

 

Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.

 

Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

 

Admin:

Ahlan kepada Mat Taib sekiranya benar….Cuma yang semakin menjadi tanda tanya adalah pengumuman yang di buat oleh Salahuddin mengenai ada seorang bekas Menteri Besar dari utara juga akan menyertai PAS dalam masa terdekat…Gendang kencang di palu mengatakan BMB tersebut adalah Shahidan BMB Perlis…Betul atau tidak kita tunggu hari pengumuman tersebut…


Nampaknya Umno semakin parah dan tenat sekiranya benar bekas-bekas MB menyertai PAS dan PR.Ini membuktikan Umno juga telah di tolak dari dalam dan ahli sendiri lagi-lagi yang pernah memengang jawatan penting dalam parti dan juga negeri..Cai-Cai yang hanya melalak dan hanya menjadi ketua cawangan tak payah lah dok mengada-ngada nak sokong membuta tuli Umno dah tak ada apa yang nak di banggakan…Sekiranya bermaruah tinggalkan Umno dan sertai PR..

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s