DAP Semakin Bersemangat Untuk Merampas Kerusi-Kerusi Di Johor…

FOKUS PRU Dengan kemungkinan besar pemimpin popular DAP Lim Kit Siang akan berdepan dengan orang kuat Umno Abdul Ghani Othman di Gelang Patah, lagi pemimpin DAP mungkin dibawa masuk untuk memperkuatkan penguasaan di Selatan Johor.

Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan mengesahkan bahawa bahagiannya di Gelang Patah dalam mesyuarat semalam akan memberikan kerusi Parlimen itu kepada Umno.

Ekoran itu, kepimpinan kanan DAP, termasuk setiausaha agungnya Lim Guan Eng dan Kit Siang dipanggil bermesyuarat malam tadi.
NONE
Mereka memfokuskan pencalonan untuk Kulai, kawasan Parlimen sebelah Gelang Patah dengan 56 peratus pengundi Cina – tertinggi di Johor.

Calonnya masih belum diputuskan tetapi beliau akan memainkan peranan penting memperkuatkan kempen pilihan raya DAP di negeri Darul Takzim itu.

Difahamkan bahawa dua calon sudah disenarai pendek – anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua – ditawarkan bertanding di Kulai.

“Kami percaya dua pemimpin muda ini akan membantu DAP memenangi hati pengundi muda semua bangsa ekoran imej bertenaga mereka dan profil di peringkat kebangsaan, sementara Teo boleh menggembleng pengundi wanita,” kata sumber dalaman parti itu kepadaMalaysiakini malam tadi.

Pua dan Teo yang berasal dari Batu Pahat, Johor berjaya menarik sambutan hebat pengundi Cina dalam kempen mereka di pelbagai bandar di negeri itu untuk minggu-minggu terakhir ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon BN Ong Ka TIng mengalahkan calon DAP Ng Pak Siong dengan majoriti 11,744 undi.MK

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s