Komuniti Niaga Cina Selesa Dengan Tawaran Dan Polisi PR…

 Andaian kononnya kepentingan perniagaan jadi asas pengundian orang-orang Cina adalah penghinaan kepada mereka, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

 

“Tuduhan kononnya orang-orang Cina hanya mengundi kerana kepentingan perniagaan semata-mata adalah penghinaan kepada mereka.

“Ia sekaligus menuduh orang-orang Cina hanya mementingkan duit dan perut mereka sahaja,” kata beliau.

Sedangkan, katanya, dari pertemuan-pertemuan yang dibuat dengan masyarakat Cina, mereka terbukti begitu prihatian terhadap masa hadapan dan keamanan negara.

“Isu-isu seperti rasuah, pengendalian ekonomi negara yang lebih baik dari sekarang dan keharmonian antara kaum dan agama adalah antara perkara yang sering mereka bangkitkan.

“Dalam isu hubungan antara kaum dan agama misalnya, mereka jelas tidak yakin sama sekali kepada kepimpinan yang diterajui oleh Umno yang semakin rakus mengapi-apikan perkauman,” kata Mahfuz.

Beliau juga menyifatkan andaian itu agak dangkal kerana bukan semua orang Cina berniaga.

Bagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula, jika suasana yang lebih kondusif kepada perniagaan yang menjadi kriteria untuk memberikan sokongan, ia lebih menguntungkan Pakatan Rakyat (PR).

“Kami sudah berjumpa dengan komuniti perniagaan masyarakat Cina dan mereka selesa dengan polisi-polisi PR,” katanya. 

Mahfuz seterusnya menyatakan beliau yakin orang-orang Cina dapat melihat siapakah yang lebih pro-perniagaan berdasarkan laporan Ketua Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh keempat-empat negeri yang ditadbir oleh PR dari segi perolehan pendapatan.

“Dengan prestasi pengurusan pendapatan dan kewangan yang lebih baik yang dibuktikan oleh Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah seperti yang diperakui oleh laporan Ketua Audit Negara, terbukti pentadbiran PR lebih kondusif kepada perniagaan,” katanya.

Dari segi rasuah pula, kata Mahfuz, selepas 2008, walaupun jelas terbukti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak seperti singa kelaparan untuk menerkam dan menghukum pemimpin-pemimpin negeri-negeri yang ditadbir oleh PR, mereka tidak ada kes untuk berbuat demikian.

“Pentadbiran yang berjaya meminimakan rasuah adalah pentadbiran yang lebih kondusif kepada perniagaan dan PR telah membuktikannya.

“Sedangkan, pada masa yang sama, Umno disebut sebagai parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri,” katanya.HD

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s