Dikatakan Dua Orang Kuat Umno Yang Berstatus Tan Sri Akan Menyertai PAS Dalam Masa Terdekat Ia Telah Di Sahkan Naib Presiden Salahuddin Ayub….

Salahuddin Ayub Pas mengesahkan dua orang kuat Umno berstatus Tan Sri bakal menyertai parti itu dalam masa terdekat.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua Tan Sri ini akan menyerahkan borang keahlian pada 22 April depan secara serentak, dua hari selepas penamaan calon.

Menurutnya, satu sidang media khas akan diadakan memandangkan kedua-dua Tan Sri tersebut akan turut turun padang membantu PR dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Kami menerima dengan tangan terbuka. Penyerahan borang akan diserahkan di sini (di pejabat Pas Pusat).

“Tetapi, pengumuman besar-besaran akan dibuat di Shah Alam (Selangor) pada sebelah malamnya, iaitu semasa ceramah Pas di sana,” katanya kepada Sinar Harian di pejabat Pas Pusat, di sini, semalam.

Katanya, Pas melihat perkara ini serius di mana kedua-dua Tan Sri itu sudah bertemu pimpinan tertinggi Pas, iaitu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

“(Mereka) rela datang berjumpa saya, menghubungi saya dan pergi ke rumah Datuk Haron serta sudah bertemu Datuk Nik Aziz kira-kira enam bulan lalu.

“Tidak mungkin orang macam ni tidak serius. Sudah pasti mereka telus.

“Kita tidak mahu ada mana-mana pihak menuduh mereka ada kepentingan atau sebagai calon. Mereka hadir untuk membantu berkempen,” katanya.

Salahuddin juga tidak menafikan kemungkinan seorang bekas menteri besar Selangor menyertai Pas dalam tempoh terdekat.

“Benar, tapi tunggu sahaja pengumuman rasmi. Yang pasti, kedua-dua Tan Sri ini akan memberi impak besar dalam PRU13.

“Mereka mempunyai pengaruh sangat kuat dan kehadiran mereka pasti memberi perubahan besar,” katanya.

Ditanya mengenai identiti kedua-dua Tan Sri ini, Salahuddin sekadar berkata: “Seorang daripada mereka adalah bekas pegawai kerajaan yang mempunyai kaitan dengan Parlimen Malaysia. Orang ini menduduki hierarki tertinggi dalam pentadbiran Parlimen.

“Seorang lagi ialah bekas menteri Selangor. Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan identitinya.”SH

1 Komen

  1. Stanley fiberglass entry doors, properly manufactured casings, and correctly installed locks.
    Listing of an entity or service on this Hub page is not a lot of competition
    out there right now. Use the carpenter’s square to extend that line across the entire world to follow.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s