Beranikah Najib Berdepan Dengan Datuk Sei Anwar Ibrahim?

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjanjikan satu kejutan kepada hadirin sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak atau wakilnya gagal hadir untuk berdebat dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjurannya pada malam ini.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata Anwar sudah mengesahkan kehadirannya namun, Najib masih belum memberikan maklum balas positif.

“Kami masih menanti (maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib), kami akan persembahkan satu ‘kejutan’ buat hadirin forum malam ini,” kata Maria sewaktu dihubungi Malaysiakini.

BERSIH mempromosi forum ‘Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama’ itu bagi membolehkan BN dan Pakatan Rakyat, selaku dua gabungan parti politik terbesar negara ini, untuk membentangkan manifesto masing-masing.

Ia dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam bertempat di Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. 

Antara pemimpin BN yang sering tampil untuk menyertai program debat dan forum bersama pemimpin Pakatan sebelum ini adalah tokoh mudanya seperti Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sementara Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan sementara, Gan Ping Sieu.

Najib, selaku pemimpin tertinggi BN bagaimanapun tidak pernah menyahut cabaran Anwar untuk berdebat namun masih berpeluang untuk berbuat demikian pada malam ini.MK

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s