Ibrahim Ali Kecewa Tak Tersenarai Sebagai Calon BN….

Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Justeru, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum pada 5 Mei ini, lapor Astro Awani.

Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana kerana tidak diberikan alasan sedangkan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN di Parlimen Shah Alam.

“Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya.

“Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini kes terpencil,” beliau dipetik sebagai berkata kepada portal berita itu.

Ibrahim dilaporkan berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya.

Tak dendam pada BN

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Zulkifli sebagai “calon rakan BN” untuk bertanding melawan penyandang kerusi itu dari PAS Khalid Samad.

Bagaimanapun, di Pasir PAS, Ibrahim yang disebut-sebut bertanding atas tiket BN tidak mendapat peluang itu apabila ia diberikan kepada BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa.

Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, beliau tidak berdendam dengan BN atau Umno apabila memutuskan mahu bertanding sebagai calon bebas.

Beliau malah menasihati semua anggota PERKASA supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN di kerusi-kerusi lain.

Katanya, keputusan beliau itu dibuat atas permintaan penduduk Pasir Mas dan masih ada banyak agenda yang mahu diperjuangkannya, khususnya yang menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam.

Dalam masa yang sama, Ibrahim berterima kasih kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kerana memilih Zulkifli bertanding menggunakan tiket BN.MK

Admin

Ibrahim Ali memang patut pun dia kecewa mana taknya selama ini baik punya bodek akhirnya orang lain balas…Zul Noordin sebagai timbalan pula yang terpilih Presiden masuk angin keluar asap….Ibrahim Ali si Bapak katak kata beliau lansung  tak tau sebab-musabab yang beliau tak di pilih munkin kerana rupanya kurang hensem…Bukan kurang hensem atau Zul Noordin tu hensem sangat tapi sebenarnya orang dah tak suka sendiri mau ingat la..Tak payah nak cover kecewa dan marah kepada Umno BN cakap saja yang mereka tak kenang budi habis cerita,Tak payah dok sondoi lagi kononnya masalah Pasir Mas kes terpencil dan sekiranya beliau bertanding di atas tiket bebas bukan bermakna dendam kepada UBN….kah.kah.kah.Kalau bukan dendam dan marah apa dia!

 

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s