Mohamad Ziad Ahli PAS Yang Bertanding Di Atas Tiket BN,Cuba Menafikan Yang Beliau Ahli PAS!

Calon BN ahli Pas?Pas Perak mendakwa calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed adalah ahli Pas sejak 16 tahun lalu apabila namanya masih tertera di dalam sistem maklumat ahli Pas. Mohamad Ziad

Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Pas Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata, calon  muda berkenaan adalah ahli Pas yang pernah berdaftar pada 5 Oktober 2013 dengan nombor ahli 441563.

Menurutnya, latar belakang Mohamad Ziad tidak diketahui Umno Bahagian Tambun sebelum ini dan difahamkan, beliau menyertai Umno secara kebetulan memandangkan beliau adalah menantu bekas Menteri Besar Perak.

“Perkara ini sudah tentu memberi kejutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana sebelum ini mereka diberitahu latar belakang semua calon telah ditapis.

“Walaupun hanya ahli biasa, beliau (Mohamad Ziad) turut menyumbang tenaga dalam membantu Pas ketika pilihan raya umum 2008,” katanya pada sidang media di Pejabat Pas Negeri Perak, semalam.

Tambahnya, Pas Perak sekadar berkongsi maklumat mengenai latar belakang calon berkenaan dan mengucapkan selamat bertanding kepada Mohamad Ziad pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Sementara itu, Mohamad Ziad ketika dihubungi Sinar Harian menafikan dakwaan mengatakan beliau adalah ahli Pas dan menganggapnya satu provokasi daripada pembangkang.SH

 

 Mohamad Ziad MohamedCalon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed berkata beliau tidak pernah berminat untuk menyertai PAS.

Beliau yang didakwa menjadi ahli PAS berkata hati dan jiwanya hanya untuk Umno dan BN.

“Saya tak pernah minat sertai PAS. Hati dan jiwa saya hanya dengan Umno.

“Saya akan berjuang bersama-sama Umno untuk agama, bangsa dan negara,” katanya ketika ditemui mStar Online pada satu majlis dekat sini, Rabu.

Ziad yang akan bertanding buat pertama kali dalam pilihan raya umum berkata dakwaan tersebut mungkin timbul untuk melemahkan semangatnya.

“Mungkin pada pandangan mereka itu cara mereka untuk bunuh semangat saya.

“Saya tidak gentar berhadapan dengan calon PAS tersebut walaupun beliau merupakan orang yang agak terkenal di Malaysia…yang buat keputusan bukan orang-orang Malaysia tapi yang buat keputusan ialah pengundi-pengundi budiman yang berada di DUN Manjoi,” katanya.

Ziad yang merupakan menantu kepada bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata tumpuan kini diberikan kepada kempen dan strategi untuk menambat hati penghuni.MS

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s