Akhirnya Sah DAP Akan Bertanding Di Bawah Lambang PAS….

DAP akan bertanding dalam Pilihan Raya 2013 di bawah tiket PAS dan PKR buat pertama kali dalam sejarah

DAP akan bertanding dalam Pilihan Raya 2013 di bawah tiket PAS dan PKR buat pertama kali dalam sejarah selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) gagal untuk menarik semula surat mereka yang tidak mengiktiraf pemegang jawatan parti,” kata Tony Pua hari ini.

Setiausaha Publisiti DAP itu membangkitkan, calon tidak boleh mengambil risiko menghantar surat watikah calon membenarkan mereka untuk bertanding di bawah logo Roket yang ditandatangani oleh setiausaha agung parti yang tidak diiktiraf oleh RoS.

“Jika CEC kami tidak diiktiraf, bagaimana mahu keluarkan surat kebenaran kepada calon kita?” kata Pua kepada The Malaysian Insider hari ini, merujuk kepada ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti tersebut.
Beliau menambah RoS langsung tidak menghubungi DAP hari ini.

Pua mengatakan 53 calon parlimen dan 103 calon bagi Dewan Undangan Negeri  DAP diseluruh negara yang bertanding dalam Pilihan Raya 2013, dengan Hari Penamaan Calon bermula esok, menggunakan simbol PAS di semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak RoS semalam untuk menarik semula surat mereka bertarikh 17 April yang enggan untuk mengiktiraf CEC parti kerana kesilapan dalam pemilihan parti.

Datuk Abdul Rahman Othman dari RoS walau bagaimanapun dipetik berkata oleh agensi berita nasional Bernama semalam mengatakan DAP masih boleh menggunakan logo Roket dalam pilihan raya umum ke 13 kerana pendaftaran parti tersebut masih belum dibatalkan.

Abdul Rahman tidak menjawab panggilan dan kiriman pesanan ringkas dari The Malaysian Insider hari ini untuk meminta komen.

Penasihat DAP Lim Kit Siang mengakui tindakan RoS yang menghalang DAP menggunakan logo mereka  untuk PRU13 kali ini mungkin akan memberikan kesan kepadanya yang bertanding di Gelang Patah kerana pengundi mungkin terkeliru jika DAP dipaksa menggunakan logo bulan PAS dan logo mata PKR.

MCA telah berulang kali memberi amaran kepada pengundi Cina agar tidak menyokong Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS akan menguatkuasakan undang-undang hudud di negara ini.

Tindakan RoS itu mungkin menghancurkan peluang DAP untuk menamatkan riwayat MCA dalam PRU13 terutamanya di kubu kuat parti Cina itu di Johor dimana Lim Kit Siang akan berhadapan dengan menteri besar sementara Datuk Abdul Ghani Othman di Gelang Patah.TMI

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini – tarikh akhir yang ditetapkan DAP – mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

pakatan convention 191209 karpal with nik azizKarpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

“Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

“Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung),” kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai “bersejarah” untuk PAS.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng memberitahu sidang akhbar di Sibu bahawa surat kebenaran bertanding di bawah PKR kini dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke negeri itu

Katanya, PAS sudahpun menghantar surat kebenaran mereka
yang tiba pagi ini dan telah diserahkan kepada calon-calonnya di kawasan luar bandar kerana bimbang surat kebenaran dari tidak sampai pada masanya.

Sementara itu, pengarah pilihan raya DAP Sabah, Fred Fung berkata surat kebenaran dari PKR untuk calon-calon DAP kini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur.

“Orang kita menunggu di Kota Kinabalu sekarang untuk mengambil surat tersebut dan menyerahkannya kepada calon-calon kami di Sandakan dan Melalap,” katanya ketika dihubungi.

Sandakan dan Melalap masing-masing terletak 319km dan 157km dari Kota Kinabalu.MK

 

Sambil menangis, Lim menjelaskan DAP akan menggunakan lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak DAP Lim Kit Siang mengakui tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menghalang DAP menggunakan logo mereka  untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini mungkin akan memberikan kesan kepadanya yang bertanding di Gelang Patah.

“Peluang saya untuk menang di Gelang Patah daripada 50-50 sebelum pengumuman meletakkan Datuk Abdul Ghani Othman, kemudian 45-55 dengan pencalonan Ghani,” akui Lim ketika sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini.

“Dengan pengharaman penggunaan lambang DAP, peluang saya hanya 40, manakala 60 peratus Ghani.”

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s