Tok Mun Menjadi Calon Sekali Lagi,Seterusnya menjadi Calon Tertua Pru13…

Calon paling tua di Terengganu, dan mungkin di seluruh negara pada pilihan raya umum ke-13, Maimun Yusof, 93, sekali lagi bertanding sebagai calon Bebas untuk Parlimen Kuala Terengganu.

Pencalonan warga emas itu diterima oleh Pegawai Pengurusan Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu Datuk Adzlan Dagang hari ini.

Kemunculan kali kedua itu menyebabkan Maimun yang mesra di panggil ‘Tok Mun’ menjadi tumpuan media di pusat penamaan calon di Stadium Negeri di sini.

Penyertaan Tok Mun itu menyebabkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu antara calon Barisan Nasional Mohd Zubir Embong dan calon PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad serta calon Bebas.

Tok Mun yang berbaju kurung coklat tiba di perkarangan Stadium Negeri seawal pukul 7 pagi dengan menaiki kereta sewa ditemani cucu angkatnya Nur Haslinda Mustafa,  31, yang menjadi pencadangnya serta seorang jiran, Timah Salleh yang menjadi penyokong.

Warga emas yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU12 juga di Parlimen Kuala Terengganu sekali lagi memilih lambang ‘kunci’ untuk pilihan raya kali ini.

“Tok pilih simbol ini supaya hati pengundi-pengundi tok yang terkunci dapat dibuka supaya dapatlah mengundi tok untuk menang,” katanya sambil memberitahu beliau  menggunakan duit simpanan dan hasil jual kain serta keropok sebagai deposit.

Maimun adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak  RM500 awal tahun ini.

Pada PRU 2008, Tok Mun yang menentang bekas penyandang Allahyarham Datuk Razali Ismail dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu hanya mendapat 685 undi dan hilang wang pertaruhan. — Bernama

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s