MCA Pancing Undi Dengan Menghina Islam,Di Mana Umno?

https://i2.wp.com/roketkini.com/wp-content/uploads/2013/04/iklan-the-star.jpgCalon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan politik menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam.

Katanya, UMNO tidak sepatutnya berdiam diri dengan membiarkan Islam dihina rakan sendiri dalam Barisan Nasional (BN), MCA yang cuba memancing undi dengan menghina Islam.

Katanya, inilah kerjasama UMNO dan MCA dalam BN yang sanggup memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia dengan memainkan sentimen perkauman dan agama.

“MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam.

“Manakala UMNO pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam iklan The Star pada muka surat 25, hari ini bertajuk “Why is DAP silent?” (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine.

Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam.

Dalam satu lagi iklan The Star pada muka surat 27, bertajuk “DAP’s UBAH will turn Johor into another Kelantan”, MCA menuduh bahawa kempen UBAH DAP-Pakatan Rakyat akan menjadikan Johor seperti Kelantan.

Menurut Kit Siang, apa yang dimaksudkan MCA adalah ekonomi Johor akan terjejas, industri pelancongan akan berkurangan dan akan mengalami masalah HIV, penagihan dadah, rogol dan air kotor seperti di Kelantan.
Katanya, MCA juga menuduh kualiti hidup rakyat Johor akan terjejas kerana DAP akan bersekongkol dengan PAS untuk menutup pusat hiburan sedangkan dakwaan itu berpunca daripada laporan akhbar yang dikuasai MCA dan BN sendiri.

“Apa yang MCA dan BN cuba sampaikan ialah kerajaan Kelantan pimpinan orang Melayu yang berteraskan Islam dan berpandukan Perlembagaan Persekutuan akan menjadi Malaysia negara mundur.

“Tetapi MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum. Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah UMNO-BN,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Kit Siang yakin pengundi Malaysia, terutamanya orang Melayu Islam, akan menolak kempen politik kotor yang dilakukan BN itu.

“Inilah kempen kotor dan kolot BN yang mahu menakutkan pengundi Cina dengan mengutuk PAS dan DAP melalui dakwaan yang tidak berasas.

“Malah, kutukan itu secara langsung dan tidak langsung telah menghina Islam. UMNO yang mengaku wira Islam sepatutnya berani meminta MCA menghentikan kempen yang bersifat menghasut dan fitnah itu,” tambahnya.

Kit Siang berkata, DAP dan Pakatan Rakyat tidak akan terbabit dengan kempen kotor seperti itu kerana DAP berterus terang, apa yang diucapkan di hadapan pengundi Cina adalah sama dengan apa yang diucapkan kepada pengundi Melayu, India, Kadazan, Iban dan lain-lain.

Menurutnya, DAP, PAS dan PKR amalkan politik bersih, telus dan sopan, tidak memfitnah, tidak pukul orang, hormati hak asasi manusia dan kebebasan insan.

“Inilah amalan Pakatan Rakyat. Ubah! Ini kalilah!” katanya.-Roketkini

ADMIN

Aku memang tau dah Umno ni memang takut dan bacul bila berdepan dengan isu-isu yang macam ni lebih-lebih lagi sekiranya melibatkan MCA,dia hina islam pun takpa janji jangan keluar dari BN sudah..Takut kalau tegur MCA tersentap merajuk keluar BN Umno rugi tak dapat perintah lagi,macam mana nak curi,dah tak jadi menteri…

Bukan sekali si lahanat MCA hina islam malah dah berkali-kali sampai dah merasa berani menghina dan mencaci kerana tak ada yang peduli..Umno ada serupa mati bak perpatah cina nang ka botinang koi ka botikoi..kah.kah.kah..Umno takutkan MCA lebih dari ALLAH,buktinya umno dayus dalam isu yang macam ni langsung membisu, langsung tak bersuara Soi Sex dah tutup mulut…

Melayu islam yang menyokong Umno cuba la pikiaq sikit haih! jangan ikut membuta tuli la parti jahanam yang macam ni dayus-sedayusnya…Kononnya pertahan islam podahhh..yang di bawah-bawah pun bangang ikut mentaklik buta Umno saja yang boleh menjaga Melayu dan Islam,pirahh kalau macam ni pun dah tak berani nak teguq tak payah cerita yang lain-lain yang lebih besaq….Sudah tinggalkan Umno dayus ni hijrah kepada PAS dan PR…..Bukan apa ahli,penyokong dan pecacai Umno tunggu apa lagi takan tak nampak ramai dari pemimpin tertinggi Umno dan bekas kaki tangan Kerajaan yang berpangkat tinggi serta berjawatan besar telah tinggalkan Umno parti dayus dan menyertai PR….TUNGGU APA LAGI INI KALILAH ABCD.ABU…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!

3 Komen

  1. There’s definately a great deal to find out about this issue. I like all of the points you’ve made.

  2. With havin so much content do you ever run into any issues of plagorism or copyright
    infringement? My site has a lot of exclusive content I’ve either authored myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the internet without my permission. Do you know any methods to help reduce content from being stolen? I’d genuinely appreciate it.

  3. Does your blog have a contact page? I’m having problems locating it but, I’d like to send you an email.
    I’ve got some creative ideas for your blog you might be interested in hearing. Either way, great blog and I look forward to seeing it improve over time.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s