Umno BN Dah Semakin Gelabah Dengan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib….

 Keputusan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk menyertai PAS boleh menjadi penghalang kepada kempen Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Selangor, kata pemimpin Umno hari ini.

Bekas menteri besar Selangor yang diketahui popular dikalangan penyokong Umno terutama di kawasan Melayu negeri kubu kuat parti tersebut, dan penyertaan Muhammad ke kem pembangkang mampu membantu menembusi kubu Melayu parti itu.

“Bergantung kepada pendekatannya. Jika beliau berkempen secara konstruktif dia boleh menimbulkan masalah kepada kami,” kata bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo kepada The Malaysian Insider. “Umno-BN harus beri perhatian khusus terutamanya apabila setiap undi penting.”

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu menerangkan, Muhammad, yang dikenali sebagai “Mat Tyson”, boleh membantu PR masuk ke kawasan pendalaman Melayu dan menarik pengundi Umno untuk menyokong PR.

“Adalah baik untuk kita melawan kempennya dan menerangkan keputusannya … ia menambah lebih kerja kepada kita,” kata Mohd Khir, dan menambah penyertaan Muhammad kedalam PAS tepat pada waktunya dan memberikan kelebihan kepada PR.

Beliau memberi amaran kepada pemimpin Umno agar tidak memandang ringan penyertaan Muhammad dan mendesak pemimpin agar memerhatikan dengan dekat kempen Muhammad agar tidak mengalihkan undi Melayu.

PAS semalam mengumumkan keahlian Muhammad dalam satu ceramah besar di Shah Alam, satu langkah memperkukuhkan lagi perlawanan PR untuk mempertahankan Selangor.

Muhammad bekas pemimpin utama Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi menteri besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997 mengatakan semalam Malaysia dan Selangor membangun di bawah BN tetapi menegaskan masa sudah tiba untuk berubah.

Difahamkan Muhammad akan menjelajah Selangor untuk membantu kempen PR dikawasan pendalaman Selangor dimana PKR-PAS-DAP gagal untuk tembusi.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed bersetuju Muhammad masih lagi mempunyai sedikit pengaruh dikalangan pengundi Melayu Selangor terutamanya penyokong Umno lebih tua tetapi menafikan cadangan mengatakan beliau menjadi ancaman kepada gabungan itu.

“Sudah tentu terdapat orang yang suka kepada dia, tetapi dia sudah menjadi sejarah … dan dia bukanlah seperti Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang evergreen. Saya tidak fikir dia akan memberikan kesan,” kata Mohd Zin kepada The Malaysian Insider merujuk kepada bekas perdana menteri yang masih berpengaruh itu.

Bekas menteri kerja raya itu percaya, majoriti pengundi sudah terlupa tentang bekas rakan Umnonya itu sementara pengundi lebih muda, demografi yang menjadi kunci dalam menentukan keputusan pilihan raya 5 Mei, tidak mengenali siapa dirinya.

Beliau juga menafikan Muhammad boleh membantu PR untuk menembusi kubu kuat Melayu mereka.

“Mereka adalah penyokong kuat kami, pengundi luar bandar akan selalu bersama kami,” katanya.

Pengundi percaya, BN akan bergantung kepada pengundi Melayu untuk merampas semula Selangor, negeri paling kaya dalam negara pada pilihan raya 5 Mei.

Sedikit perubahan dalam corak pengundian etnik terbesar dalam negara itu dan undi Cina pada 2008 telah menyebabkan BN kalah di Selangor, pertama kali dalam sejarah negara semenjak merdeka, akan tetapi taktik perkauman Umno berjaya menarik kembali orang Melayu menyokong mereka.MK

ADMIN:

Umno BN kalau tak bermain isu perkauman mereka tahu mereka akan di tolak oleh seluruh rakyat Malaysia….Terpaksa lah guna taktik kotor dan tidak bertamadun…Kali ni rakyat dah tak termakan dengan taktik kuno Umno dan pasti orang muda kebanyakan akan menolak,dan sekiranya ada juga yang menyokong Umno BN pada Pru13 nanti bermakna kata-kata Tun Mahathir benar cuma yang tinggal dalam Umno BN yang KURANG CERDIK,Jadi yang kurang cerdik sahaja yang akan memangkah Dacing…Yang cerdik akan memangkah PR..fIKIR lah sendiri nak jadi cerdik atau bangang semua berada di tangan kita!..

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s