Zamry Buat Lawak Bodoh….

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin menempelak kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Pakatan Rakyat telah meniru tawaran BN tentang pemberian air percuma.

 

Menurutnya, Zambry ternyata berbohong tentang kenyataan itu kerana pemberian air percuma itu telah wujud dalam tawaran Barisan Alternatif Perak pada pilihanraya umum 2008 lalu.

 

Katanya, selepas berjaya membentuk kerajaan, Pakatan Rakyat telah merealisasikan janji tersebut seawal Ogos 2008.

 

“Saya hairan kenapa Zambry boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas tersebut kerana janji itu telah pun dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ketika memerintah Perak selama 11 bulan dahulu,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini hari ini. (Gambar)

 

Hadir sama Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Ustaz Hakim Mohd Nor dan Safarizal Saleh.

 

Jelas beliau, kenyataan Zambry itu jelas menggambarkan BN dalam keadaan sangat terdesak untuk meraih sokongan rakyat.

 

Nuri menjelaskan, Zambry harus mengemukakan fakta dan hujah sebelum mengeluarkan kenyataan.

 

“Saya terkejut apabila membaca kenyataan Zambry itu yang jelas menipu dan tidak berfakta.

 

“Sepatutnya Zambry yang berkelulusan PhD harus menunjukkan ketokohannya dalam mengeluarkan kenyataan,” katanya dalam nada sinis.

 

Zambry dalam kenyataannya di akhbar Berita Harian hari ini mendakwa Pakatan Rakyat telah meniru tawaran BN dalam pemberian air percuma.

 

Beliau menyatakan perkara itu ketika majlis pelancaran Manifesto BN Perak di Padang Rengas, semalam.

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s