Datuk Seri Mohamad Hassan MB sementara Negeri Sembilan Sahkan PR Tawan Putrajaya…

Menteri besar sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, PAS berkemungkinan menjadi parti pertama yang akan melangkah keluar daripada Pakatan Rakyat jika mereka berjaya mentadbir Putrajaya.

Beliau yang mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Rantau meramalkan perkara tersebut kerana jurang ideologi yang terlalu besar antara PAS dan DAP, sekutunya dalam gabungan pembangkang.

“Saya yakin kalau PAS tak keluar pun dia akan berpecah kerana terdapat pertentangan ideologi yang amat berlainan antara parti PAS dan DAP,” katanya sewaktu berucap kepada peneroka tanah rancangan Felda Sendayan, Labu pagi tadi.

Menurutnya, Pakatan sendiri adalah gabungan yang amat lemah disebabkan perbezaan ideologi berbanding BN yang menurutnya kukuh walaupun terdiri daripada 17 parti komponen.

Majlis yang menarik kira-kira 2,000 hadirin itu turut disertai timbalan perdana menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hampir sebahagian besar calon-calon BN di Negeri Sembilan.

Seramai 937 orang turut menerima bantuan pembancuh kuih elektrik, ketuhar elektrik, alatan pancing dan alat pertanian hidroponik dalam majlis itu.

Advertisements

1 Komen

  1. Reblogged this on jiwa hamba.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s