Manifesto PR Lebih Popular….Copy Paste Di Tolak…

Hasil kajian terkini yang dilakukan oleh Universiti Malaya (UM) mendapati pengundi lebih cenderung kepada manifesto Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang paling sengit dalam sejarah negara 5 Mei depan.

Kajian tersebut melibatkan 1,407 responden terdiri daripada Melayu, Cina dan India, dimana ianya tertumpu di seluruh semenanjung Malaysia yang dilakukan semasa tempoh pembubaran Dewan Rakyat dari 3 April hingga hari penamaan calon pada 20 April baru-baru ini.

Daripada kajian tersebut, sebanyak 42 peratus responden berkata manifesto PR lebih memenuhi harapan rakyat berbanding Barisan Nasional (BN) 36 peratus dan 22 peratus lagi masih tidak pasti.

“Orang ramai lebih menerima manifesto Pakatan berbanding BN.

“Ia menunjukkan penerimaan umum yang jelas daripada kajian terkini yang kami lakukan ini,” kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM, Prof Datuk Mohammad Redzuan Othman dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Prof Redzuan, salah satu faktor yang menyebabkan kecenderungan adalah kerana kempen oleh pemimpin PR dalam ceramah-ceramah yang diadakan mereka dengan mengatakan BN meniru manifesto mereka.

“Salah satu sebab yang mungkin menyebabkan orang ramai cenderung kepada Pakatan mungkin kerana kempen dalam ceramah mereka yang mengatakan BN meniru mereka.

“Perkara ini mempengaruhi pengundi,” tambahnya.

Dalam kajian UM itu mendapati majoriti hampir 60 peratus responden menyokong beberapa perkara utama dalam manifesto PR, antaranya ialah janji menurunkan harga minyak (66 peratus), janji menurunkan tarif elektrik dan air (64 peratus), janji menghapuskan tol (60 peratus) dan janji menurunkan harga kereta (61 peratus).

Berbeza dengan BN, majoriti responden yang menyokong janji manifesto gabungan pemerintah tersebut kurang 10 peratus berbanding PR, antaranya janji menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada RM1,200 hanya disokong 52 peratus responden, janji menambah 4,000 polis dan peluang pekerjaan kepada 3.3 juta (47 peratus), janji membina ruma mampu milik 1 juta  56 peratus dan pengurangan harga kereta berperingkat (56 peratus).

“Majoriti responden yang ditemui menyokong 60 peratus janji yang dibentangkan oleh Pakatan, manakala 50 peratus sahaja menyokong intipati dalam manifesto BN,” kata Prof Redzuan.Baca seterusnya 

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s