Seratus Ahli Umno Menyerahkan Borang Keahlian PAS Kepada Tuan Guru….

Seratus orang ahli umno menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz di majlis ceramah pilihanraya di Precint 3 Putrajaya malam tadi.Peristiwa manis itu memberi gambaran lebih buruk kepada umno bn yang selama ini telah ditunjukkan jalan keluar dari Putrajaya melalui sambutan puluhan ribu pengundi di setiap ceramah Husam Musa di sana.

Husam ‘the perfect stranger’ berjaya menawan sekurang-kurangnya  70% warga Putrajaya yang terdiri daripada para penjawat awam.

Kehadiran TGNA sejak solat Jumaat semalam mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk. Ketika di Masjid Besi orang ramai mengerumuni TGNA yang belum pun selesai solat sunat selepas Jumaat.

Peristiwa itu menyebabkan ramai terpaksa melindungi TGNA yang masih bersolat agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selesai solat TGNA terus diarak sebagai pemimpin yang dihormati. Ribuan mengiringi beliau dari kiri, kanan depan dan belakang menyebabkan TGNA seolah-olah terkepung.

Selesai solat sunat, TGNA terus diarak sebagai pemimpin yang dihormati. Ribuan mengiringi beliau dari kiri, kanan depan dan belakang menyebabkan TGNA seolah-olah terkepung.

DI bawah pula adalah suasana ceramah Pakatan Rakyat yang menampilkan TGNA bersama Husam Musa di Putrajaya malam tadi.

Majlis ceramah malam tadi diakhiri dengan doa yang dibaca oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Alhamdulillah. Ia bermula dengan baik, ia berakhir dengan baik. Subhanallah…Ampunilah dosa kami. Kurniakanlah kemenangan kepada kami…

sumber

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s