Soi Lek Masih Lagi Bermain Dengan Isu Islam…..Apa Umno Buta Atau Pekak!

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata sekiranya  Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, maka kerajaannya akan menjadi macam pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang hanya asyik tentang halehwal Islam.

“Saya telah berpeluang berkhidmat di bawah Pak Lah (Abdullah 
Ahmad) dan (Perdana Menteri sementara) Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Chua yang pernah berkhidmat sebagai menteri kesihatan semasa pentadbiran Abdullah.

“Saya dapat lihat perbezaannya. Kepimpinan mereka berbeza sama sekali, begitu juga hasilnya, ini sangat jelas.

“Apabila Pak Lah memimpin negara, setiap hari beliau akan bercakap mengenai Islam Hadhari, tetapi tidak pernah tentang ekonomi, kerana latarbelakang (pengajian Islam) Pak Lah adalah sama seperti Anwar (atas), mereka tidak tahu tentang ekonomi, mereka hanya bercakap mengenai doa,” katanya di majlis makan tengah bersama dengan 150 orang di Jementah, Segamat petang ini.

NONESebaliknya, kata Chua, Najib memberi banyak memberi tumpuan kepada ekonomi.

“Di bawah Najib, ianya benar-benar berbeza sekarang, setiap hari penekanan adalah kepada pembangunan ekonomi dan kita percaya ini adalah landasan yang betul,” katanya kepada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina.

Oleh itu, katanya, isu siapa yang akan menjadi perdana menteri adalah amat penting.

 

 

Admin

Chua Soi Lek ni dah macam tak ada isu lain yang nak di mainkan, tak habis-habis Apek tua ni akan sentuh Islam..Apa yang dia tak puas hati sangat dengan islam aku pun tak tau! sampai sering kali islam akan menjadi agenda dan mangsa utama Apek Tua Prono menghina dan mengkeji,sehinggakan tak nampak ruang pada mata apek ni yang islam itu baik dan indah.

Bagi aku ini semua salah Umno itu sendiri kerana takut untuk menengur Chua Presiden MCA ini dari menghina islam dan membuat pelbagai andaian tentang Islam yang dia sendiri tidak ada ilmu tentangnya.Umno seharusnya memberi amaran kepada Chua supaya jangan sesekali membangkitkan sentimen agama kerana ia boleh menjadi  bom jangka yang boleh meletup bila-bila masa.

Umno di lihat mendiamkan diri apabila Islam dihina dan caci oleh Chua sepertinya mereka juga menyetujui apa yang di katakan oleh Pemimpin Prono MCA ini tentang islam..Ini membuktikan yang apa yang di ucapkan oleh pemimpin-pemimpin Umno kononnya mereka akan memperjuangkan Melayu dan Islam cuma omong-omong kosong sebenarnya merekalah munafik besar!

Sayang setelah ini semua belaku di depan mata kita rakyat Malaysia terutamanya Islam Masih lagi ada segelintir mempercayai Umno dan BN,Kepada yang menyokong Umno BN dari kalanggan kaum melayu Islam tepuk dada tanya iman adakah anda setuju dengan Chua yang acapkalinya menjadikan Islam sebagai bahan untuk di tertawakan,hina dan caci-maki mereka,Umno pula di lihat seperti membisu seribu bahasa tak berani untuk menengah Chua Soi Lek dari mengeluarkan kenyataan yang boleh menyakitkan hati orang islam..Adakah parti melayu yang macam ni boleh di harapkan untuk menjaga dan memelihara kesucian Islam,Sekiranya jawabpan tidak inilah masa terbaik untuk kita sama-sama jatuhkan UBN pada pru13 ini..

UBAH

INIKALILAH

TAKBIR!!!

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s