Terhot:Dr Yusuf al-Qaradawi Iktiraf Anwar Paling Layak Jadi PM Bukan Najib….

 Ulama tersohor iktiraf Anwar paling layak jadi PMMursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan surat terbuka Ketua Ijtihad Ulama Dunia, Sheikh Dr Yusuf  al-Qaradawi yang mengiktiraf Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai layak memerintah Malaysia.

Pelancaran itu  disempurnakan Nik Aziz pada majlis anjuran calon PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, di pekarangan Apartment Pantai Permai, semalam.

Di dalam surat tersebut, Yusuf disebut sebagai berkata Anwar paling layak menjadi perdana menteri.

Menurut surat itu, ulama itu berkata, berdasarkan sejarah, kebijaksanaan, kesabaran, kecekalan dan sokongan rakyat pelbagai kaum, Anwar layak memimpin negara ini.

“Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini, paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara yang cukup penting bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya dari semua sudut,” surat itu menyebut.

Sebelum ini, Perkasa mendakwa pihak pembangkang akan berusaha mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan menyebarkan kira-kira satu juta risalah, kononnya Anwar mendapat sokongan Yusuf untuk menjadi perdana menteri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lain, mengandungi isi surat sokongan Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai palsu.SH

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s