Pengebumian Jenazah Datuk Shaharuddin Ibrahim Penolong Pengarah (Operasi) Kastam Tanpa Kehadiran Wakil Kerajaan Pusat..

Calon PAS P125 Putrajaya, Datuk Husam Musa, melahirkan rasa kehairanan kenapa wakil kerajaan Persekutuan tidak ada pada hari pengebumian jenazah Penolong Pengarah (Operasi) Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim.

Katanya, beliau turut melahirkan rasa sangsi sebahagian kakitangan kastam yang bertanya kenapa tidak ada wakil kerajaan yang hadir ketika menunaikan solat jenazah Allahyarham.

Menurut Husam kerajaan perlu menghantar walaupun hanya seorang menteri untuk memberi penghormatan terakhir kepada pegawai tinggi kastam yang berdedikasi itu.

“Saya yakin beliau adalah seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik.

(Husam ketika mengiringi jenazah dari masjid hingga ke tanah perkuburan)

“Kerana itu, seorang menteri kena hadir untuk memberikan penghormatan yang terakhir pada hari pengkebumian sebagai mewakili kerajaan,”ujarnya.

Kata Husam lagi, ketidak hadiran itu menghairankannya, sama sekali tidak menjangka perkara itu  berlaku.

Jelasnya lagi, nampaknya kerajaan hanya leka dengan politik dan berkempen, tetapi tidak mengendahkan insiden semalam.

“Slogan dahulukan rakyat hanya sia-sia sahaja dan tidak dipraktikkan,”ujarnya.

Husam turut mengemukakan cadangan sepintasnya dengan meminta kerajaan memberikan pelindungan insuran pada kakitangan supaya keluarga terjaga menerusi skim pelindungan insuran itu.

Katanya, dengan adanya skim berkenaan memberi jaminan pada kakitangan untuk menjalankan tanggungjawab itu sebaiknya.

“Perlindungan insuran akan membantu keluarga kakitangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini,”ujarnya.

Pada masa yang sama, kerajaan diminta menangani seberapa segera orang yang menjadi suspek yang menembak sehingga mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam itu.

Menurutnya, beliau menyampaikan hasrat itu bukan hanya kerana tanggungjawabnya sebagai calon PAS, sebaliknya memenuhi kehendak kakitangan Kastam sendiri yang memohon supaya beliau mengemukakan perkara itu.

(Husam [ditengah] bersama-sama membaca talkin untuk Allahyarham di tanah perkuburan)

Beliau berkata demikian pada sidang medianya sebentar tadi di sini.

Husam seterusnya berkata, sehingga pagi ini (ketika sidang media dibuat), belum lagi ada tangkapan dibuat.

Kejadian itu membuktikan keselamatan di ‘smart city’ ini  longgar sehingga perkara itu berlaku dan diragukan.

Pembunuhan itu juga membuktikan sendiket yang menentang undang-undang negara tidak lagi takut pada penguatkuasaan undang-undang negara malah ianya telah menunjukkan taringnya.

Beliau berkata, kejadian itu juga turut melahirkan rasa takut di kalangan petugas Kastam yang lain untuk menjalankan tanggungjawab mereka jika tidak dilindungi.

“Ancamana dadah dan anasir lain akan berleluasa di negara ini bila jenayah menjadi raja dan rakyat menjadi mangsa.

“Untuk itu tingkatkan peningkatan keselamatan di puterajaya kerana ianya lebih tinggi berbanding di tempat lain,”katanya.HD

1 Komen

  1. If some one needs to be updated with newest technologies afterward he must be pay a
    quick visit this website and be up to date everyday.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s