Dakwat Kekal Yang Tidak Kekal…Apa Muslihat SPR!

( Isteri anggota tentera menunjukkan laporan polis yang dibuatnya)

 

Ekoraan, dakwat ‘kekal’ Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal  pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)

 

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.HD

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s