Sidang Media Nurul Izah,Isu Larangan Memasuki Sabah

Advertisements

Pengakuan Imigresen Sabah Kerajaan Negeri Telibat Dalam Menghalang Nurul Izah Memasuki Sabah!

Jabatan Imigresen Sabah mengatakan mereka hanya mengikut arahan kerajaan negeri untuk menghalang Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah.

“Arahan itu diterima dari semasa ke semasa,” kata Noor Alam Khan Abdul Wahid dipetik dariThe Star Online mengulas tentang halangan terhadap naib presiden PKR itu ke Sabah semalam.

Seorang pegawai di jabatan ketua menteri berkata, tiada kenyataan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan setakat ini.

Nurul Izzah dinafikan masuk ke Sabah selepas mendarat di Kota Kinabalu petang semalam.

Penghantaran pulang naib presiden PKR itu dari Sabah semalam semasa Pesta Menuai menurut ahli Parlimen BN Sabah Datuk Bung Mokhtar Radin adalah “bencana” dan “kesilapan besar”.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan Ketua Menteri (KM) Sabah Datuk Seri Musa Aman mengapa Nurul Izzah dihalang masuk ke negeri itu dan terus dihantar pulang, dan berapa ramai lagi ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang akan dihalang.

Menurut Lim, tindakan tersebut melanggar prinsip asas hak asasi manusia dan menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia dilayan dengan buruk di negara sendiri.

“Memandangkan senarai tersebut adalah hak prerogatif Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, kami ingin tahu siapa lagi yang dinamakan dalam senarai larangan terbabit,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menyifatkan tindakan menghalangnya memasuki Sabah sebagai “penahanan anti demokrasi”, Naib Presiden PKR Nurul Izzah hari ini mengatakan akan mengambil tindakan perundangan terhadap kerajaan negeri Sabah atas tindakan mereka  itu di mahkamah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menegaskan, beliau tidak mempersoalkan undang-undang di negeri Borneo berkenaan, sebaliknya hanya menuntut kerajaan pimpinan KM Musa mengemukakan sebab-sebab kukuh larangan yang dikenakan terhadapnya.

“Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi.TMI

Nurul Izah Akan Ambil Tindakan Tehadap Kerajaan Negeri BN Sabah..

 Menyifatkan tindakan menghalangnya memasuki Sabah sebagai “penahanan anti demokratik”, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan perundangan terhadap kerajaan negeri barisan nasional (BN) Sabah atas tindakan mereka di mahkamah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menegaskan, beliau tidak mempersoalkan undang-undang di negeri Borneo berkenaan, sebaliknya hanya menuntut kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengemukakan sebab-sebab kukuh larangan yang dikenakan terhadapnya.

“Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

“Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik,” tegasnya lagi.

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada petang Khamis bagi tujuan menyambut Pesta Kaamatan telah ditahan dan seterusnya dihantar pulang ke Semenanjung.

Pemimpin muda Pakatan Rakyat (PR) itu juga tidak menolak kemungkinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihalang daripada memasuki negeri berkenaan.

“Atas sebab kerahsiaan, permintaan saya untuk mendapatkan nama-nama pemimpin PR lain yang dihalang tidak dibenarkan.

“Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan dihalang memasuki Sabah,” katanya kepada pemberita.

“Saya sudah berbincang dengan YB Darrell Leiking, ahli Parlimen Penampang untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu,” katanya, dan menambah,”sampai bila saya dilarang?”

Beliau menegaskan, PKR juga akan menghantar surat rasmi kepada Pejabat Ketua Menteri Sabah bagi menuntut penjelasan dan menggesa mereka kemuka kepada umum senarai nama pemimpin PR yang dihalang, supaya rakyat tahu apa sebabnya mereka mengancam keselamatan Sabah.

Insiden berkenaan turut mendapat reaksi negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, iaitu ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, yang menganggap keputusan kerajaan negeri perlu diubah segera sekiranya tiada alasan kukuh untuk mereka melakukan sedemikian.

“Jika tiada alasan kukuh untuk sekatan ke atas Nurul, dan menjadi yang benar-benar adil dan memberikan keadilan, keputusan itu harus diubah segera,” kata ahli majlis tertinggi Umno itu dipetik The Star Online.

Beliau meminta supaya rakyat diberikan penjelasan daripada kerajaan negeri Sabah mengenai kenapa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dihalang masuk pada petang Khamis.

“Pihak berkuasa perlu mengeluarkan kenyataan yang kukuh dan diterima.

“Saya tidak melihat Nurul sebagai satu ancaman kepada negeri Sabah atau pun rakyat Sabah,” kata Bung.

Nurul Izzah turut melahirkan kekecewaan dan menggesa isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan.

“Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan – termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah.

“Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan Umno mahupun BN.”

Justeru itu, jelas beliau isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat.TMI

Mahasiswa Anak Muda Bangkit Desak Zahid Hamidi Letak Jawatan

Sekumpulan mahasiswa hari ini berhimpun di Kementerian Dalam Negeri mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan pemimpin politik dan aktivis yang didakwa mereka bermotifkan politik.

NONEBerkumpul bawah terik matahari di pintu pagar utama di Putrajaya, kira-kira 30 mahasiswa hadir menyatakan bantahan mereka terhadap menteri yang baru dilantik itu.

Mereka menyatakan pendirian berhubung penahanan itu bermula terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan mendakwa walaupun menteri bertukar tangan, kementerian itu didakwa terus bersikap berat sebelah.

Selagi ini berterusan, wakil pro-Mahasiswa Abdul Muqit Muhammad berkata, pasukan polis tidak akan bebas.

NONETarikan di protes tersebut ialah kehadiran ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohammad Safwan Anang, yang baru dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa bawah Akta Hasutan 1948 pada hari Rabu.

Katanya, tangkapan tersebut bermotifkan politik kerana orang tertentu yang didakwa, dan ia mencemarkan profesionalisme Kementerian Dalam Negeri dan polis.

“Zahid mesti meletakkan jawatan jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah ini,” katanya sambil mendakwa Zahid telah menyalahgunakan kuasanya dengan melibatkan polis dalam pendakwaan terpilih itu.mk

Kekesalan Anthony Loke Kepada Pengarah ROS

DAP Malaysia mengecam tindakan Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman yang mengeluarkan kenyataannya kepada media, sedangkan siasatan masih belum selesai.

Ini kerana, DAP baru sahaja menerima surat daripada ROS yang meminta agar parti itu membekalkan beberapa dokumen untuk siasatan lanjut, semalam.

“Namun, dalam masa sama, hari ini di Utusan Malaysia, beliau telah bertindak mengeluarkan kenyataan biarpun kami baru terima surat semalam,” tegas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada sidang media, di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Menurut Anthony,  tindakan Abdul Rahman itu jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab, tidak profesional , serta seperti menjadi agen politik bagi pihak tertentu.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Seremban itu berkata kenyataan Abdul Rahman itu yang mengatakan terdapat ahli parti itu dinafikan hak mengundi pada kongres parti itu, Disember lalu, merupakan satu tuduhan.

Tegas Anthony, pada kongres parti itu, sebanyak 1843 perwakilan hadir dan mengundi bagi pemilihan parti (CEC), di samping peratus kehadiran ahli parti sebanyak 71.5 peratus.

“Peratusan itu menunjukkan satu angka yang tinggi, yang mana tidak ada mana-mana parti yang akan mendapat peratus kehadiran 100 peratus.  Jika peratusan itu boleh dianggap sehingga pemilihan itu tidak sah, adakah boleh jika kita katakan pilihan raya umum yang lalu juga tidak sah kerana peratusan keluar mengundi tidak 100 peratus?” soal Anthony.

Dalam pada itu, ROS juga mendakwa terdapat ahli parti DAP yang tidak menerima notis untuk kongres tersebut.

Kata Anthony, pihaknya telah menghantar notis kepada semua ahli mereka di seluruh negara, namun tidak dapat memberikan jaminan sama ada notis itu diterima atau tidak.

“Notis sudah dihantar. Terima atau tidak, ia di luar kemampuan kami.  Bolehkah Pos Malaysia juga beri jaminan setiap surat yang dihantar pengirim akan sampai kepada penerima?” soal Anthony.

Sementara itu, surat yang dihantar ROS semalam meminta tiga bukti penghantaran notis bagi beberapa cawangan di Negeri Sembilan, iaitu Taman Sri Sungai Pelek, Desa Dahlia, dan Ladang Paroi, selain satu di Taman Desa Skudai, Johor yang mendakwa tidak menerima notis.

Tegas Anthony, tiga daripada empat cawangan itu telah hadir ke kongres tersebut, malah turut mengundi pada pemilihan CEC parti itu.

“Bagi cawangan Ladang Paroi, dua wakil hadir iaitu David Dass dan Mahendran a/l Krishnan. Manakala, Kogilawani a/p Supermanian (Desa Skudai), dan Richard Francis (Desa Dahlia) juga hadir kongres tersebut,” jelas Anthony, sekaligus menafikan dakwaan mereka tidak menerima notis kongres tersebut.

Selain kesal dengan tindakan David yang membuat aduan kepada ROS, sedangkan beliau hadir ke kongres tersebut malah mengundi, Anthony berkata parti akan merujuk  David ke Lembaga Disiplin parti.

“David ini saya kenal. Masa kongres buat kecoh ketika pendaftaran, check-in hotel sebelum masanya, sampai sekarang tidak bayar. Kemudian, tiba-tiba buat aduan pada ROS. Tidak apalah yang itu, isunya dia hadir dan turut mengundi pada hari tersebut,” tegas beliau.

Justeru, Anthony berkata pihaknya mengesyaki ROS mempunyai agenda politik untuk menggagalkan kesahihan pemilihan CEC sebelum ini.

Bagaimanapun, Anthony berkata pihaknya tetap menjawab surat yang diberikan semalam, berserta dokumen dan bukti yang diminta ROS sebelum tempoh yang ditetapkan.

Dalam surat tersebut, pihak ROS memohon DAP untuk membekalkan dokumen yang diminta sebelum 4 Jun 2013 akan datang.

ur

Media Baru Gugat Negara Atau Gugat BN?

Tindakan kerajaan mahu mengkaji undang-undang terhadap ‘penyalahgunaan’ media sosial yang boleh menggugat keharmonian negara menimbulkan persoalan.

Ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berpendapat, kerajaan sememangnya boleh sahaja bertindak menggunakan undang-undang yang sedia ada seperti beberapa pendakwaan yang telah dibuat terhadap beberapa individu sebelum ini.

“Benarkah keharmonian negara tergugat? Atau kedudukan BN yang tidak selamat.

“Apakah salah media baru yang menjadi kuasa pengimbang kepada media perdana yang sarat dengan fitnah dan penipuan,” soal Idris.

Menurutnya, laporan kajian oleh beberapa pihak mendapati bahawa BN tewas dalam kempennya di media sosial dan internet biarpun menguasai media arus perdana secara total.

Faktor ini juga telah menyebabkan berlaku perubahan politik yang sangat ketara di bandar dan pinggir bandar khususnya melibatkan pengundi muda.

Ianya turut diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di satu forum pasca-PRU anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibu negara.

“BN hanya boleh dapat sokongan dengan generasi yang tinggal gusi, manakala Generasi 3G, telah menolak BN. Generasi 3G  inilah yang paling ditakuti oleh BN.

“Persolannya sampai bila BN hanya boleh bersandar dengan golongan yang fakir maklumat. Maklumat bergerak dengan pantas, BN masih mengguna tektik zaman batu, politik ugut, politik samsing, fitnah, tipu, putar belit masih dijadikan menu utama BN untuk mempengaruhi pengundi,” soal Idris lagi.

Katanya, janganlah apabila tidak bermaya untuk melawan hujah, maka ada cadangan pula untuk menyekat maklumat kepada rakyat.

Hakikat yang berlaku ujarnya, undang-undang ini jika digubal hanya dikuat-kuasa kepada pembangkang.

“Perkara ini sudah terbukti bloger pro BN dan media BN yang menyimbah petrol permusuhan tidak diapa-apakan walaupun menpunyai unsur hasutan.

“Mereka hanya menerkam seperti singa lapar jika yang diungkap itu daripada pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya.HD

Persempadanan: Wan Ahmad Disuruh Cermin Diri Dahulu

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar disuruh cermin diri terlebih dahulu sebelum bercerita mengenai ketelusan SPR dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya yang bakal diadakan hujung tahun ini.

 

 

Menurut Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, Wan Ahmad adalah salah seorang pegawai SPR yang terlibat dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya di 2003.

 

Menggunakan Kedah sebagai contoh, Ong berkata SPR tidak melakukan amanah tersebut berdasarkan undang-undang, malah sangat memihak kepada BN pada 2003 ketika Wan Ahmad menjadi timbalan pengerusi SPR.

 

“Perkara itu paling jelas di Kedah di mana tiada kerusi parlimen mahupun Dun ditambah selepas BN hilang 2/3 majoriti Dewan Rakyat setelah tewas di pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000, tapi sempadan dilakar semula dengan niat membantu Umno untuk menang kembali beberapa kawasan parlimen yang ia tewas pada pilihanraya umum 1999,” kata Ong dalam satu kenyataan.

 

Sebelum ini, SPR telah cuba mempertahankan perbezaan dalam jumlah undi setiap kawasan dengan merujuk kepada prinsip pemberat kawasan pedalaman (rural weightage) di mana kawasan pedalaman, dengan jaringan pengangkutan yang lemah dan luas kawasannya, perlu mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil daripada kawasan bandar yang lebih tepu dan lebih mudah dihubungi.

 

“Tapi di Kedah, ketika persempadanan semula 2003, prinsip ini dilanggar dengan jelas. Undi bukan Melayu telah dikeluarkan daripada kawasan selamat Alor Setar dan dimasukkan ke kawasan PAS iaitu Kuala Kedah dan Pokok Sena.

 

“Pengundi bukan Melayu juga dikeluarkan dari kawasan kerusi selamat Merbok ke kerusi PAS di Jerai. Kawasan majoriti Umno BN di Padang Serai telah dipindahkan ke kerusi PAS di Baling,” hujah Ong.

 

Jadual 1: Perbezaan di kawasan dan jumlah pengundi antara kawasan bandar dan pedalaman di Kedah selepas persempadanan semula Kedah pada 2003.

Kerusi Parlimen

Keluasan (km2)

Jumlah Pengundi pada 2003

Jumlah Pengundi pada 2013

P8 Pokok Sena

320

64192

80916

P9 Alor Setar

109

56007

69189

P10 Kuala Kedah

232

73942

95534

 

 

 

 

P16 Baling

1544

73942

93376

P17 Padang Serai

352

51778

74245

 

 

 

 

Ong berkata persempadanan melampau SPR boleh dilihat apabila perbandingan antara jumlah pengundi dengan keluasan kawasan dibuat seperti di Jadual 1.

 

“Sebagai contoh, P9 Alor Setar, walaupun ialah kawasan bandar yang maju dengan keluasan kawasan terkecil di antara semua parlimen di Kedah, sebenarnya mempunyai jumlah pengundi (56,007) yang lebih kecil berbanding dengan kawasan jiran yang lebih besar seperti P8 Pokok Sena (64,912) and P10 Kuala Kedah (73,942). Perbezaan ini masih kelihatan di pilihanraya 2013, Alor Setar mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 di Pokok Senan dan 95,534 di Kuala Kedah,” kata Ong.

 

Kes paling melampau kata Ong ialah P16 Baling, kawasan pedalaman di Kedah. Persempadanan semula di 2003 telah meningkatkan jumlah keluasan Baling dari 1,107km2 ke 1,544km2, sedikit kecil daripada keseluruhan Melaka.

 

Ini, katanya kerana salah satu daripada kawasan kuat Umno di kawasan jiran Padang Serai – Kuala Ketil – telah dipindahkan di kawasan Baling. Akibatnya, Padang Serai, yang lebih bersifat bandar mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil (51,778) dibandingkan dengan Baling (73,942).

 

“Perkara ini masih jelas kelihatan di pilihanraya 2013. Baling sekarang mempunyai 93,386 pengundi (kedua terbesar di Kedah) dibandingkan dengan 74,425 pengundi di kawasan bandar Padang Serai,” jelas Ong.

 

Ini semua membuktikan bahawa prinsip ‘rural weightage’ langsung tidak diikuti oleh SPR ketika persempadanan semula di Kedah.

 

Persempadanan melampau ini, kata Ong, akhirnya makan tuan pada pilihanraya di 2008 apabila pengundi bukan Melayu yang setia pada BN, yang tidak akan mengundi PAS, telah memberikan undi mereka kepada pembangkang.

 

“Antara pegawai SPR yang ada, Wan Ahmad adalah antara yang bersama SPR ketika persempadanan melampau di 2003. Oleh itu, beliau pegawai SPR yang paling kurang layak untuk mempertahankan rekod SPR untuk memastikan persempadanan semula yang adil bermula hujung tahun ini,” kata Ong.HD