Panas!CEO Mkini Pun Jadi mangsa undi hantu?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran hari ini mengalami pengalaman mengejutkan apabila agen tempat mengundi daripada tiga pihak berbeza cuba menghalangnya daripada mengundi.

Mereka mendakwa, seseorang dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama dengannya sudah pun selesai membuang undi.

Premesh berkata, kejadian itu berlaku di pusat pengundian di Sekolah Alam Shah di Seksyen 12 Petaling Jaya tengah hari ini.

NONEBagaimanapun, ketika berada di bilik mengundi, kata Premesh lagi, semakan kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati beliau memang belum mengundi.

“Dia mengumumkan nama dan nombor pengundian saya. 

“Tetapi ketika saya hendak mengundi, kesemua tiga pemantau daripada BN, PKR dan DAP semua membantah, mereka menegaskan nama saya sudah dipangkah pada senarai mereka,” katanya.

Bagaimanapun kerani SPR mempertahankan bahawa nama Premesh ada dalam senarainya.mk

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s