Panas!Saksikan Kejadian Sebenar Detik Cemas Konvoi Motor Umno Menyerang Dan Memukul Peserta Flashmob

Inikah budaya yang kita harapkan di contohi generasi akan datang?..Apa kesalahan yang di lakukan oleh peserta Flashmob ini sehinggakan mereka di kerjakan oleh pemuda I Love PM INI…Adakah kerana mereka menyokong PR mereka di belasah sehingga seteruk ini,,Adakah Konvoi I Love PM Ini bertujuan provokasi!dah macam gangster polis ada pun depa tak takut macam dah ada yang cover..,,Polis harus di persalahkan kerana tidak mampu mengawal rusuhan Konvoi pemuda Umno ini sehinggakan KEJADIAN BERDARAH INI BELAKU…Adakah kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan harus membiarkan samseng Umno ini terus berleluasa,Tepuk dada tanya iman…Jika kita ingin hentikan ini semua jom kita sama-sama tumbangkan UBN…

Utusan Spin dan pembohong!

Flashmob berdarah di Dun Sungai RapatPeserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi.

Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.

Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik.

Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Peserta flashmob PR mendengar penjelasan pegawai polis yang tiba di tempat kejadian.“Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan.

“Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob.

“Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai.
Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Keadaan menjadi tegang apabila peserta konvoi BN melalui kawasan tersebut selepas kejadian peserta flashmob PR cedera dipukul.
“Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya.

Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit.

“Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula.

“Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.

“Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

1 Komen


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s