Tempoh Berkempen PR Di Tamatkan Dengan Penuh Bergaya….

12 tengah malam: Kempen selama 15 hari telah berakhir. Dan proses pengundian untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bermula jam 8 pagi esok.

Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di seluruh negara ini pada sebelah petang.

Pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang dan proses pengiraan undi akan bermula tidak lama selepas itu. Keputusan akan mula diketahui dari jam 8 malam.

Malaysiakini 
akan melaporkannya secara langsung sepanjang hari esok.

11.45pm – Ipoh: Calon Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin muncul di hadapan 50,000 hadirin di Jalan Laxamana, sambil mengetuai laungan “5 Mei, tukar kerajaan” dalam bahasa Cina.

Pengacara mengumumkan bahawa derma yang dikumpul untuk malam itu melebihi RM100,000 dan belum habis dikira.

NONE11.15pm – Seremban:Empat puluh lima minit sebelum berakhir secara rasmi tempoh berkempen, kira-kira 10,000 orang membanjiri Taman Seremban Jaya untuk menghadiri ceramah terakhir DAP.

Orang ramai, yang sebahagian besarnya membawa payung kerana terdapat hujan renyai-renyai, menyanyi ‘Ubah’ dan beberapa lagu-lagu Cina bersama-sama dengan calon-calon DAP di atas pentas.

11.00pm – Petaling Jaya: Stadium Kelana Jaya dibanjiri penyokong Pakatan untuk perhimpunan terakhir sebelum hari pengundian esok, di mana calon-calon dari empat kawasan berhampiran berucap kepada orang ramai (gambar teratas).

Kawasan pilihan raya tersebut adalah Kelana Jaya, Subang, Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan.

Pihak penganjur mengumumkan bahawa jumlah hadirin mencecah lebih 50,000 orang.

10.30pm – Ipoh:
 Calon DAP bagi Ipoh Barat M Kulasegaran dalam ucapannya menggesa semua rakyat Perak supaya
membuang undi mereka seawal mungkin esok.

NONEBeliau mendakwa bahawa BN cuba untuk membawa pengundi hantu dari Bangladesh dan Pakistan untuk mengundi BN.

“Jika 90 peratus daripada kita keluar mengundi, maka kita boleh menang dengan mudah, “katanya kepada kira-kira 50,000 hadirin di pusat bandar Ipoh.

10.30pm – Johor Bahru:
 Orang ramai yang menghadiri ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Melayu Majidee meningkat sedikit kepada 300 apabila pemimpin DAP Lim Kit Siang tiba.

Ceramah itu diadakan luar sebuah rumah kediaman, dan sebahagian daripada orang ramai duduk di atas jalan raya berturap untuk mendengar ucapan.

NONEMemetik hasil kajiselidik Merdeka Centre, Kit Siang berkata,
Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik untuk memenangi pilihan raya umum esok.

Salah satu perkara pertama yang Pakatan akan lakukan selepas menawan Putrajaya ialah meningkatkan tahap keselamatan di bandar Johor Bahru, yang beliau sifatkan sebagai “ibunegara jenayah”.

Turut berucap ialah calon PKR bagi Johor Bahru Hashim Hussein.

10.30 malam – Putrajaya: PAS Putrajaya dan PKR telah menafikan bahawa sekumpulan belia berpakaian seperti penyokong Pakatan dan membuat gangguan di Putrajaya malam ini adalah ahli-ahli mereka.

Dalam satu kenyataan, ia berkata pihaknya telah menerima laporan dari wakil-wakil mereka dari kawasan tersebut yang boleh membuktikan bahawa individu-individu berkenaan tidak ada kaitan dengan Pakatan atau parti-parti dalam gabungan itu.

Menurutnya lagi, pihaknya mengesyaki ia adalah satu percubaan untuk memburuk-burukkan imej Pakatan dan ahli-ahlinya.

Ia juga mendakwa bahawa saksi-saksi telah mengesahkan bahawa kumpulan itu telah diiringi sehingga Presint 10 oleh pihak polis sebelum kumpulan itu bertindak sedemikian.mk

Admin:

Aku rasa kempen PR hingga kemalam ini berjaya dengan cemerlang kehadiran pada ceramah-ceramah PR tidak menghampakan,Pulau Pinang mencatat sejarah kutipan dan kehadiran orang yang mendengar ceramah tertinggi berbanding negeri-negeri lain…

Sekiranya momentem sokongan ini berterusan hingga ke hari mengundi tidak mustahil Putrajaya jatuh ketangan PR,Umno BN sudah di tolak dari kebanyakan rakyat Malaysia yang kini kebanyakannya maukan pada perubahan….Jom sama-sama kita rialisasikan cita-cita menawan Putrajaya bukan hanya dengan retorik tetapi dengan perbuatan, senang dan mudah cuma kita harus memangkah calon dari PR DAP.PAS.PKR..Jom UBAH

INIKALILAH

TAKBIR!

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!!

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s