Dr M Nyatakan Pendirian Sama Ada Najib Perlu Berundur Atau Tidak?

Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 semalam, Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa negarawan negara Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendiriannya sama ada  Datuk Seri Najib Razak perlu berundur atau sebaliknya.

Lim berkata keputusan pilihan raya yang diperoleh Najib kali ini adalah lebih jauh buruk daripada tahun 2008 ketika dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Sebelum ini, kita mendengar Mahathir kata jika Najib gagal memperbaiki keputusan beliau perlu berundur.

“Tapi sebaliknya keputusan kali ini adalah lebih teruk, jadi saya gesa Mahathir untuk menyatakan pendiriannya tentang perkara ini,” kata Lim dalam sidang media di ibu pejabat DAP, di sini.

Pada pilihan raya 2008, Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan majoriti tradisil dua pertiga disamping turut kehilangan lima negeri, namun pada pilihan raya kali ini BN berjaya merampas dua negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat (PR) di Perak dan Kedah akan tetapi, mereka juga kehilangan enam kerusi Parlimen.

Selepas berakhir pilihan raya semalam, BN memenangi 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada tahun 2008, manakala PR pula memenangi 89 berbanding 82 pada 2008.

Lim juga mempersoalkan sama ada bekas perdana menteri paling lama tersebut telah bertukar fikiran selepas Najib mengumumkan anaknya Datuk Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah yang baru, sebaik sahaja negeri jelapang padi itu ditawan semula BN.

“Adakah Dr Mahathir sudah lupa, sebab anaknya dilantik sebagai menteri besar? Saya mahu tahu lah juga,” soal Lim.

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah menyatakan secara terbuka bahawa Najib perlu melepaskan jawatannya selaku perdana menteri jika  gagal memperbaiki keputusan yang diperoleh pada 2008 atau tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen.

Selepas 13 pilihan raya, BN berjaya mempertahankan kekuasaan mereka, menjadi di antara gabungan paling lama memerintah di  rantau ini.TMI

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s