Najib Akan Menerima Tekanan Dari Dalam Umno,

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beliau tidak menjangka prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum ke-13 akan lebih teruk daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.

Mahathir, yang lantang mengkritik pentadbiran Pak Lah, berkata beliau menjangka presati Najib, sekurang-kurangnya lebih baik
daripada Abdullah, yang mengetuai BN menguasai 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2004.

Najib, walaupun sebelum PRU13 menjanjikan Umno dan penyokong BN kemenangan majoriti dua pertiga, hanya mampu menerajui gabungan itu memenangi 133 kerusi Parlimen – kurang tujuh kerusi berbanding dengan pencapaian Abdullah pada 2008.

Mahathir (kiri) berkata, Najib mungkin menghadapi kritikan dari dalam Umno.

Sudah tentu, tambahnya orang akan mempersoalkan keupayaan dan strategi Najib.

Di segi perlembagaan, kata Mahathir, Najib kekal sebagai ketua kerajaan selagi Umno menyokong.

Mahathir berkata beliau juga berkempen untuk pentadbiran Najib, dengan harapan pencapaian mereka akan lebih baik daripada 2008, walaupun beliau tidak menjangka BN mampu memperolehi majoriti dua pertiga.

Beliau mengingatkan bahawa BN harus belajar daripada kesilapan dalam PRU13 dalam berdepan dengan pilihan raya yang akan datang.

Katanya, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika BN tidak belajar daripada kesilapan tersebut.

Admin:

Tun Mahathir De Factor Of Umno telah bersuara haha..Nampaknya Najib bakal menerima tekanan dari dalam Umno sendiri, ini dari apa yang Tun Mahathir cakap..Muhydin boleh tersenyum dengan kenyataan Tun M kerana peluangnya nampak semakin cerah..Munkin juga Nasib Najib akan menjadi seperti Pak Lah?jangan kita Lupa apa yang belaku kepada Pak Lah bertapa licik permainan Tun masa tu,Bagaimana Muhydin di gunakan bagi menekan Pak Lah sehingga berundur,Tak mustahil pekara yang sama boleh terjadi kepada Najib..

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!

1 Komen

  1. Hi colleagues, pleasant paragraph and pleasant urging commented at this place, I am truly enjoying by these.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s