DHPP jawab Utusan: Kami Bukan Rasis Tapi Bijak!

 Jika ditanya “Orang Cina mahu apa”, saya mahu jawab orang Cina mahukan pemimpin yang bersih dari rasuah dan amanah, kata Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Vincent Lee.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk ‘Apa lagi Cina mahu’.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam juga di muka depan akhbar tersebut berkata “mereka (Cina) sangat rasis”.

Ekoran kalah di Parlimen Bukit Katil, beliau menyalahkan orang Cina kerana tidak memilih beliau dan menyifatkan orang Cina tidak mengenang jasa.

Manakala semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya berkata, pilihan raya kali ini merupakan ‘Tsunami Cina’.

“Orang Cina bukan rasis tapi kami bijak. Kami jelas dengan apa yang kami mahu iaitu pembangunan dan masa depan negara.

“Orang Cina mengutamakan pemimpin yang amanah dan bersih, tidak kira dari kaum apa pun,” kata Vincent ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Vincent yang juga Ketua DHPP Wilayah Persekutuan turut berkata, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) boleh disifatkan sebagai rasis kerana seringkali mengeluarkan kenyataan bertujuan meniupkan api perkauman.

“Kalau mereka kata orang Cina rasis, mereka silap. Kalau nak cakap soal rasis, Perkasa lagi rasis,” katanya.

Justeru beliau menyeru semua pihak khususnya akhbar milik Umno agar berhenti menyiarkan kenyataan yang menimbulkan kebencian antara kaum.

“Akhbar Utusan Malaysia cukup-cukuplah siarkan kenyataan menghasut kebencian orang Melayu kepada orang Cina. Kita harus berpolitik secara matang, bukan menimbulkan isu perkauman,” katanya.HD

1 Komen

  1. 2 perkara pokok yang ingin saya utarakan di sini.

    1. Pemimpin Bersih tanpa rasuah….. saya sangat2 tidak faham kenyataan ini kerana apa yg berlaku di luar sana… orang cina lah orang yang sentiasa merasuah orang lain demi untuk mendapatkan apa yang mereka mahu… tak cukup dengan wang… dia rasuah dengan perempuan pelacur. itu sebab orang cina lah yang bawa masuk banyak2 pelacur dari negara cina sebab dia tau memang ada market nye.

    2. Inginkan Pembangunan untuk rakyat…… tidak kah tuan sedar yang negara malaysia sudah amat maju sekarang…. dengan kadar kemiskinan yg amay kecil, kadang pengangguran yang kecil juga.
    kalau negara2 luar sudah mengiktiraf pembangunan yang ada di negara ini, kenapa tuan-tuan sendiri tidak boleh lihat dengan mata kepala sendiri. atau tuan tidak puas hati lagi….

    2 negeri di bawah PR penggal dulu… apa pembnagunan yg mereka buat di kedah dan selangor? Kedah nak buat University pun jadi huru hara… rasuah sini rasuah sana sampai harga university jadi terlalu tinggi….. itu kerajaan apa tu…. bukan kerajaan PR.

    Selangor …. apa pembangunan yg Tan Sri Khalid I dah buat di selangor dalam tempoh 5 tahun yang lalu…..sya tak nampak pun.. walaupun saya tinggal di PJ. yang sya nampak banyak bangunan PKNS yang telah di robohkan di PJ State dan dah bertahun2 tidak di bina semula… itu bukan pembangunan nama nye tapi undur belakang dan buat kehancuran….. so my dear chiness friend… please open your eyes wide and look around you and compare you ten year back…
    Think think think……


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s