Ustz Azizan Tenat Berada Di Hospital PP..Jom Kita Doakan Sama-sama Agar Beliau Cepat Sembuh..

Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dilaporkan berada dalam keadaan “agak tenat”.

Laporan Harakahdaily menyebut, Azizan dimasukkan ke hospital itu pada petang semalam dan kini menerima rawatan di unit kardiologi kerana mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.
 
Laporan itu memetik kenyataan setiausaha akhbar bekas MB tersebut, Mohd Helmi Khalid yang berkata, keadaan Azizan kini “agak tenat”  

“Sekitar jam 5.30 pagi tadi keadaan ustaz agak tenat, sehingga sekarang ustaz sedang menerima rawatan di Wad CCU Hospital Pulau Pinang,” katanya dalam satu kiriman SMS kepada organ parti itu.

Azizan, 73, menewaskan calon BN dan dua calon Bebas di kerusi DUN Sungai Limau dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam Pengarah hospital itu, Datuk Dr Yasmin Sulaiman berkata Azizan, 73, dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma semalam sebelum dipindahkan ke ICU pada pukul 9.15 malam tadi.
    
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man dijadual melawat Azizan petang ini.mk

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s