DAP JOIN BN?

Tan Sri Zainuddin Maidin

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menyarankan DAP supaya menyertai Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kerajaan Malaysia diwakili kaum Cina.

Katanya langkah itu memang sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara.   

“Memang sukar untuk DAP menawarkan diri dan sukar juga untuk kerajaan BN menerimanya, tetapi hal ini harus dilihat dari segi hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melangkah ke arah national reconciliation setelah negara dilanda Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai kejatian diri Malaysia,” katanya dalam blognya Zamkata.   

Katanya orang Cina yang kini berada dalam euphoria kemenangan belum dapat kesakitannya (tidak diwakili dalam kerajaan), tetapi dalam jangka masa yang tidak panjang, mereka akan menyedari kesilapan besar yang telah dilakukan (menolak BN enbloc).

BN memenangi 133 kerusi, pakatan rakyat 89 dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu. Najib mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan  Agong Isnin lalu dengan ketiadaan wakil kaum Cina dalam kabinetnya yang bakal dibentuk.

Ini kerana pucuk pimpinan MCA, yang memenangi tujuh daripada 37 kerusi ditandingi parti komponen BN itu, memutuskan tidak mahu menganggotai jemaah menteri baharu Najib.

Sebuah lagi parti dominan kaum Cina dalam BN, Gerakan juga ditolak pengundi Cina dengan hanya memenangi satu kerusi Dewan Rakyat.

Zainuddin berkata: “Masyarakat Cina yang mengharapkan penghapusan kerajaan dominan Melayu BN telah dihadiahkan oleh DAP dengan sebuah kerajaan tanpa orang Cina.”

Justeru DAP sedang menghadapi tekanan amat berat daripada masyarakat Cina yang kecewa untuk mendapat perubahan kerajaan seperti yang diyakinkan kepada mereka oleh penasihatnya, Lim Kit Siang, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.

“Maka itu kita dapat melihat keadaan mereka berdua seperti cacing kepanasan setelah mencapai kemenangan besar yang tidak mencecah Putrajaya.

“Dan kerana itu mereka mahu kembali ke jalan raya untuk menutup kegagalan mereka dan mengelirukan pengikut-pengikut terhadap pembohongan dan penipuan mereka dengan menuding jari ke pihak lain,” katanya.

Katanya jalan terbuka bagi DAP untuk menenangkan kemarahan masyarakat Cina kepadanya ialah dengan menawarkan penyertaan DAP dalam kerajaan, kerana ia parti yang mewakili orang Cina Malaysia sekarang yang terbukti dengan keupayaannya mendapat 38 kerusi berbanding MCA hanya 7 kerusi.

Zainuddin berkata untuk menyelamatkan maruahnya, DAP tentunya memerlukan sokongan daripada masyarakat Cina untuk membuat tawaran kepada kerajaan.

“Dan tentunya sikap mereka yang pragmatik, materialistik dan realisitik memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang sesuai dengan kepentingan orang Cina,” tambahnya.  

Bagaimanapun, katanya, halangan terbesar ialah PKR yang pastinya sama sekali tidak dapat menyertai jemaah menteri baharu kerana kepimpinannya menghadapi rayuan kes tuduhan meliwat yang belum selesai.

Katanya DAP harus menimbang untung rugi berada di luar kerajaan berbanding jika DAP berada dalam kerajaan untuk jangka masa lima tahun akan datang.

Antara faktor yang DAP dan BN perlu ambil kira ialah jurang politik yang wujud jika kedua-dua pihak terus bertegang di atas dasar masing-masing yang sudah tidak sezaman dengan Nasionalisme Malaysia Baharu.

Jika Pas sanggup mengorbankan dasar negara Islamnya untuk bekerjasama dengan DAP, maka tentunya DAP dan BN juga dapat mengambil langkah yang dinamik dalam politik, ujarnya.

“Kedua-dua pihak mestilah sanggup untuk bertolak ansur dan mengorbankan prinsip keras masing-masing yang sudah tidak praktikal dan lapuk untuk disesuaikan dengan cita rasa generasi baharu Malaysia,” katanya.

Katanya jika DAP dapat bekerjasama dengan Pas yang langsung tidak mempunyai persamaan nilai agama, ekonomi dan sosial, maka tentunya lebih mudah untuk bekerjasama dengan BN yang liberal tanpa ideologi yang keras..SH

Admin:

Aku tak sangka UBN ni dah semakin meroyan lebih tiba-tiba angin tak ada ribut pun tak ada cuma sunami sahaja nak ajak DAP join BN..hahaha.Apa dah jadi sebelum ni DAP di labelkan dengan bermacam Label racist,anti islam,kominis dan bermacam lagi tiba-tiba ajak berdamai jemput untuk bersatu dengan BN LAWAK.LAWAK.

Zainudin Mydin ni bercakap atas dasar apa nak ajak DAP bergabung dengan BN adakah kerana penolakan kaum Cina secara besar-besaran kali ini terhadap UBN….Cuba la cerdik sikit kaum Cina sokong DAP kerana DAP bersama PR dan maukan perubahan kearah tranfomasi dan refomasi yang lebih baik dari yang tak baik…

Zam hang tak payah nak ugut kaum Cina akan rugi kerana menolak UBN….Aku rasa UBN yang rugi apabila Kaum Cina menolak UBN kerana apa yang aku tengok sekarang ni bukan Cina yang meroyan lebih tapi UBN yang melompat tak tentu pasal termasuk Media cai UBN Utusan memainkan isu perkauman yang terlampau…

Zam hang kena terima hakikat Cina bukan tolak dan ingin menghapuskan kerajaan dominen melayu seperti yang hang maksudkan..Sebenarnya mereka menolak parti bukan bangsa,Penolakan Kaum Cina adalah kepada parti yang boros wang negara,parti kroni,Rasuah,salah guna kuasa dll kerana kita harus sedar maklumat yang mereka perolehi tidak lagi seperti dahulu hanya daripada tv dan media yang banyak di kontrol oleh UBN…Sekarang ini zaman maklumat hanya di hujung jari dan mereka boleh menilai sendiri yang mana baik dan yang mana tidak..Jangan asyik menunding jari kepada mereka cuba tengok diri kita dan Umno itu sendiri sebelum kita menunding jari kepada orang lain muhasabah kerana apa mereka menolak UBN dan memilih PR dan perbetul itu yang lebih baik dari asyik dok salah orang tu orang ni!

Satu lagi Zam PAS tak pernah tinggal pejuanggan negara islam walau pun PAS bersama DAP dalam gabungan PR malah PAS selalu mengajak DAP bersama dalam menegakan negara islam yang berkonsepkan negara berkebajikan yang mana di persetujui oleh rakan PR yang lain malah mereka juga mengamalkan di negeri masing-masing yang mereka takbir..Untuk memahamkan DAP tentang islam lebih senang dari puak Umno yang sering sahaja menolak islam….Bezanya di sini DAP kebanyakan dari ahlinya daripada kaum Cina berbanding Umno boleh di katakan Melayu yang beragama islam..

Apa yang aku lihat DAP lebih selesa bersama PR berbanding BN kerana perangai UBN ni bila dah teruk baru ingat nak bergabung lah negara perpaduan dan macam-macam lagi..Sebelum ni pujuk PAS dan bila berjaya porak perandakan PAS kini cuba nak pecah belahkan DAP pulak..Taktik lama UBN….


HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s