DAP Menolak Pelawaan Untuk Bersama UBN….

 

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara tegas hari ini menyatakan pendirian parti itu menolak pelawaan untuk menyertai BN bagi menyertai kabinet mewakili orang Cina dalam kerajaan.

Menurut beliau, perjuangan DAP adalah untuk kepentingan rakyat bukan untuk jawatan mahupun kepentingan peribadi.

“DAP tidak mempunyai minat untuk menyertai BN bagi jawatan kerana jika kita mahu, kita boleh berbuat demikian ketika  40 tahun lepas.

“Walau bagaimanapun DAP enggan menyertai BN dan berpegang teguh kepada cita-cita kita, prinsip-prinsip dan dasar-dasar negara Malaysia yang lebih adil, bebas dan demokratik,” katanya dalam satu kenyataan.Mengulas lanjut Guan Eng berkata, pemimpin DAP bukan jenis gila jawatan, malah sejak sekian lama ramai kalangan pemimpin DAP mengorbankan keistimewaan mereka dan sanggup dipenjarakan dan ditahan kerana memperjuangkan hak rakyat.

“Sebelum panggilan kepada DAP untuk menyertai BN ini, telah terdapat juga panggilan serupa terhadap PAS untuk menyertai BN agar membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno,” katnya.”Semua ini dilakukan apabila Umno terdesak selepas melihat keberanian masyarakat Cina mengundi menentang BN.”Jelas taktik terbaru BN direka untuk memcahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s