Pasai Apa Yang Hassan Jati Yang Melompat Lebih Ni!

Hasan Ali
Dr Hasan Mohamed Ali

MELAKA – Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali berkata Pas Selangor perlu mengemukakan calon untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor kerana peluang ini hanya datang sekali sahaja.

Beliau berkata calon Pas di negeri itu terdiri daripada golongan profesional yang layak mentadbir dan memajukan negeri Selangor ke tahap yang lebih baik.

“Penduduk Selangor yang didominasi oleh kaum Melayu mahukan pemimpin yang mampu membangunkan negeri dengan syariat Islam seperti di Kelantan dan Kedah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bacaan Yassin di Pejabat Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron di Seri Negeri, di sini hari ini.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, berkata demikian ketika diminta mengulas suasana politik di Selangor melibatkan Pas, PKR dan DAP dalam menentukan Menteri Besar.

Semalam, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dikekalkan jawatannya walaupun  PKR hanya menang 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding Pas dan DAP masing-masing dengan 15 kerusi.sh

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s