Replika Keranda Untuk SPR!

PUTRAJAYA 10 MEI: Kira-kira 200 aktivis mahasiswa termasuk NGO berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya lepas solat Jumaat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Mereka yang berpakaian hitam itu turut mengusung dua replika keranda, simbol kematian demokrasi yang diarak sehingga ke pintu utama ibu pejabat SPR.

demoNamun, pengawal bertugas menghalang kumpulan tersebut yang tiba kira-kira jam 2.30 petang tadi dan segera menutup pagar utama.

Hanya lima orang wakil dari kumpulan tersebut dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum kepada wakil Pengerusi SPR di lobi pejabat SPR.

Antara kandungan memorandum ialah rakyat menolak keputusan PRU 13, mendesak Pengerusi SPR meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula.

kerandaSementara itu, kumpulan berbaju hitam tersebut berhimpun di luar pagar dan membawa sepanduk ‘Kami Mahu Pengerusi SPR Letak Jawatan’, ‘SPR Jelaskan Pengundi Hantu, Peti Undi Hantu & Blackout’ selain melaungkan slogan ‘SPR Tipu’, ‘Bangkit Rakyat’.

Kira-kira 50 anggota polis beruniform dan preman disertai tujuh anggota Unit Light Strike Force (LSF) yang dilihat mengawal keadaan, namun tidak ada sebarang kejadian tak diingini berlaku.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s