Selepas Salahuddin Mat Sabu Pula Kena Fitnah SMS Provokasi Kaum..

KUALA LUMPUR: Musuh PAS dilihat sangat terdesak apabila terpaksa menggunakan nombor telefon para pemimpin PAS untuk menyebarkan sentimen perkauman di negara ini.

Hari ini Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) pula menjadi mangsa ‘hack’ nombor telefon selepas Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menghadapi masalah yang sama semalam.

“Hari ini saya diberitahu saya hantar mesej perkauman merata-rata,” kata Haji Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

Antara mesej yang dihantar adalah, “Mampus Melayu..Hidup cina…” yang dihantar menggunakan nombor telefon beliau.

“Saya akan membuat laporan polis segera,” kata beliau kesal dengan tindakan terdesak musuh politik PAS itu.

Bagi Mohamad, ia adalah usaha untuk meniup api perkauman di kalangan orang Melayu agar membenci kaum Cina.

Sebelum ini, akhbar Umno Utusan Malaysia telah membuat laporan muka depan dengan berita bertajuk, “Apa lagi yang Cina mahu.”

Laporan ini dibuat selepas kenyataan Presiden Umno yang sedang luka, Datuk Seri Najib Razak, ‘Ini tsunami Cina’.

Najib pula ketika ditanya wartawan tentang laporan muka depan Utusan itu mempertahankannya dengan berkata, “Apa kurangnya akhbar Cina.”

Ekoran itu, pelbagai pihak membuat kenyataan menyelesalinya dan pihak polis mula membuat siasatan mengenainya.

Semalam nombor telefon Salahudin Ayub di’hack’ oleh pihak yang bertanggungjawab dan menghantar mesej perkauman kepada orang ramai atas nama beliau.

Salahudin akan membuat sidang media mengenainya hari ini.hd

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s