Buat Bantahan Tolak Perkauman Pun Di Tangkap!

KUALA LUMPUR 13 MEI: Hampir 30 polis mengepung Dataran Merdeka kira-kira jam 1.30 petang tadi bagi menghentikan program ‘Flash Mob Menolak Perkauman’ anjuran kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka ‘Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia’.

DataranEmpat peserta ditahan dan diminta menyerahkan kad pengenalan kepada ASP Garvinder dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Salah seorang peserta yang ditahan, Ali Abdul Jalil berkata, polis meminta mereka segera bersurai dan menghentikan sebarang perhimpunan dan provokasi menentang kerajaan.

“Kami akan teruskan flash mob ini selagi media arus perdana terus dengan provokasi perkauman,” kata aktivis itu kepada Keadilan Daily selepas dilepaskan.

Kumpulan berkenaan dijadualkan berarak ke Sogo, KLCC dan berakhir di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCHAH) jam 8 malam ini.

Tiga lagi peserta yang ditahan adalah Syukri Kamaruddin, Mohd Haisham Yatiran dan Mohd Haishiram Yatiran.

tahanBagaimanapun, kesemua mereka dilepaskan polis beberapa minit kemudian.

‘Flash Mob Menolak Perkauman’ diadakan serentak hari ini pada jam 1 petang di seluruh negara termasuk Selangor (Petaling Jaya, Shah Alam), Pulau Pinang (Kepala Batas, Bertam), Pahang (Bandar Kuantan) dan Kelantan (Kota Bharu).

Pengarah Flash Mob Tolak Perkauman Cabang Kuala Lumpur, Haizal Yatiran menyifatkan Flash Mob berkenaan penting bagi menolak provokasi perkauman yang sengaja dimainkan oleh Umno Barisan Nasional melalui media utama mereka.

1 Komen

  1. The Kitchenaid mixer is an additional kitchen appliance
    that accompany various functions which is utilized
    for mixing all sorts associated with elements whether or not thicker as well
    as slender. 3 Speed- Even though this is the lightest hand
    held mixer and the one with the fewest speeds, this is by no means a weak mixer.
    Make cooking and preparing food that significantly simpler with stand mixers.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s