Mipas Tak Setuju Najib Kata Umno Bukan Parti Rasis..

Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) membantah sekeras-kerasnya kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ‘Umno bukan parti rasis’.Najib menyatakan demikian ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam kelmarin.“Mipas mempertikaikan kenyatan Najib, jika benar Umno bukan parti rasis, kenapa Najib mengatakan bahawa kekalahan dan kemerosotan undi kepada Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah punca tsunami kaum Cina,” kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan (gambar) dalam satu kenyataan.Katanya, Najib mengalih isu sebenar dan sengaja mencetuskan perkauman dengan menghidupkan semula pertengkaran antara kaum.Beliau berkata, hakikat sebenarnya ialah bukan Tsunami Cina tapi Tsunami Rakyat, itulah realiti yang sedang belaku.Tambah beliau, Najib dan Barisan Nasional harus menerima kenyataan yang sebenar bahawa rakyat Malaysia inginkan perubahan dan mereka bebas mengundi serta memilih mana-mana wakil calon yang mereka sukai.“Jika benar Umno bukan parti rasis, kenapa Najib mencalonkan Zulkifli Noordin di Shah Alam mewakili kerusi BN, sedangkan Zulkifli Noordin pernah menghina kepercayaan penganut agama Hindu,” ujarnya dengan menegaskan Mipas tidak boleh menerima kenyataan Najib itu.Begitu juga, ujarnya tidak ada sebarang tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia keluaran muka hadapan bertajuk ‘Apa lagi Cina Mahu?’ selepas PRU13.Malahan, kata beliau tidak ada apa-apa tindakan dan teguran sama sekali terhadap kenyataan Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali, Ridhuan Tee Abdullah, dan banyak lagi isu-isu berbau perkauman dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab sebelum ini.“Jadi isu sama ada sebarang parti, sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat mahupun Umno atau parti-parti yang lain bukan rasis atau rasis tidak lagi relevan kerana pengundi, rakyat mengundi mengikut matlamat perjuangan dan manifesto yang diketengahkan oleh parti masing-masing dalam PRU yang ke-13 ini,” ujarnya lagi.Ini, kata  Barathidasan boleh dibuktikan dengan kekalahan calon Bebas yang lebih pro kepada Umno dan BN, Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, satu kawasan yang majoriti nya pengundi Melayu walaupun calon Umno BN Che Johan telah menarik diri daripada bertanding, begitu juga dengan kekalahan Zulkifli Noordin di Shah Alam.Sebenarnya, bagi beliau Umno harus sedar dan ikhtibar mengenai realiti dan perubahan landskap politik Malaysia yang kini lebih kompleks, matang dan jauh berbeza daripada tahun-tahun 40-an, 50-an, 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan sehinggalah menjelang tahun-tahun dekad akhir pertama abad ke-12 ini.Menurutnya, perkembangan globalisasi, ledakan internet dan media sosial serta pemikiran yang lebih berani dan telus ditambah dengan arus pengetahuan dan fahaman yang membina daripada generasi yang muda semakin menuntut kepada dinamisma dan anjakan paradigm dalam semua aspek pembangunan negara.“Maka isu rasis bukan lagi menjadi persoalan pokok atau isu lagi dalam arena politik Malaysia masa kini kerana trend tersebut semakin berkurangan,” katanya.HD

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s