Dah Fikir Habis Ka!Boikot Peniagaan Cina?

Full screen previewBeberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan dalam negara.

Full screen previewSambil menempelak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nadzim berkata, langkah itu juga bertujuan menghantar signal kepada syarikat-syarikat berkenaan agar “jangan kurang ajar”.

Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal.

Sementara itu, kenyataan bersamanya gabungan itu yang diedarkan menyebut, ia langkah mudah tetapi berkesan bagi mengekang Anwar daripada terus “menghasut rakyat” dan DAP daripada memperalat orang Cina.

Nadzim bagaimanapun berkata boikot itu buat masa ini ditujukan kepada lima syarikat sahaja kerana dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan seharian jika dilakukan secara besar-besaran.

“Kalau kita boikot semua mungkin kita pun tak dapat meneruskan kehidupan,” katanya.

Rezeki ditentukan Tuhan

Ditanya tentang kemungkinan kempen itu menjejaskan mata pencarian orang Melayu yang bekerja dengan perniagaan terbabit, Nadzim menegaskan rezeki ditentukan Tuhan dan orang Melayu perlu “membuang keraguan mereka pada Allah”.

“Kalau dua tiga syarikat (sahaja diboikot), tak ada masalah.

“Rezeki Allah nak bagi. Kita mahu orang Melayu jangan bertanya (perkara ini) lagi, kita buangkan keraguan kita pada Allah,” ulasnya.

Beliau turut menyeru orang Melayu agar terus memperkukuh kedudukan ekonomi mereka agar terus dihormati oleh orang-orang Cina.

“Ini undang-undang alam, kalau kita lemah, kita miskin orang tak hormat kita.

“Kalau orang Cina tak hormat kita kerana kita lemah, itu satu kebiasaan,” katanya.

Antara ahli gabungan NGO tersebut yang dinamakan Gabungan NGO Islam 1Malaysia itu adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia, dan Majlis Belia Palestin Malaysia.

Malaysiakini sedang menghubungi syarikat yang dimaksudkan NGO berkenaan untuk maklum balas.mk

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s