Pembelian Undi Besar-besaran Di PP,

https://i1.wp.com/www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/05/Sim.jpgBAYAN BARU 13 Mei: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendedahkan pembelian undi besar-besaran di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU)  lalu, dipercayai melibatkan peruntukan berjuta ringgit.

SimKatanya, perancangan cukup rapi dan sistematik itu dilakukan pihak tertentu dengan pemberian voucher kepada pengundi, yang kemudian ditebus dengan wang tunai selepas pilihan raya.

Katanya, sejak Jumaat lalu, pengundi di beberapa kawasan dikesan membawa voucher tersebut untuk mendapat bayaran. Antaranya di DUN Sungai Dua di Bayan Baru, DUN Pulau Betong di Balik Pulau dan DUN Tanjung Bungah.

“Masa PRU,  pihak berkenaan telah beri voucher dan beritahu pengundi kalau BN menang, mereka boleh dapat special bonus. Selepas PRU, mereka mula memberi special bonus ini. Pengundi dibayar dengan anggaran RM120 hingga RM200 setiap seorang,” ujarnya kepada keadilan daily.

Menurutnya, Laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibuat bersama bekas Speaker Pulau Pinang, Datuk Halim Hussain Jumaat lalu, namun tiada tindakan diambil.

Sim 3Malah ketika beliau melawat tempat berkenaan semalam dan kelmarin, pemberian tunai tersebut masih terus berjalan.

“Ini kes yang besar kerana menunjukkan pembelian undi besar-besaran  berlaku di Pulau Pinang dan kita tidak nampak ada tindakan.

“Di tempat yang kita kalah, semuanya kalah dengan marjin yang cukup rendah. Maka mungkin pengundi dipengaruhi dengan pemberian special bonus untuk mengundi Barisan Nasional,” ujarnya.

Menurutnya, pihaknya mengesyaki pembelian undi itu dilakukan di banyak tempat, membabitkan puluhan ribu pengundi dan peruntukan jutaan ringgit.

“Siapa yang mempunyai kekuatan organisasi yang begitu besar untuk mengagihkan wang berkenaan dan kenapa pihak berkuasa tidak ambil tindakan?” Soalnya.

Menurutnya, pagi tadi, enam calon DUN dan seorang calon parlimen dari Pakatan Rakyat, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

SPRMMereka ialah Datuk Abdul Halim Hussain (Dun Teluk Bahang), Mohd Tuah Ismail (DUN Pulau Betong) Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau) Roshidi Hussein (DUN Penaga), Norhayati Jaafar (DUN Teluk Air Tawar) dan Ahmad Zaki Yuddin Abd Rahman (DUN Pinang Tunggal).

Laporan itu dibuat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954  kerana memberi wang sogokan atau rasuah sama ada sebelum, semasa  dan selepas pilihan raya.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s