Terkini!Ustz Azizan Dah Mula Memberi Respon Dengan Membuka Mata Apabila Di Panggil Doktor…

GEORGE TOWN: Kesihatan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan beransur baik apabila mula memberi respon dengan membuka matanya apabila dipanggil doktor Selasa.

Setiausaha akhbarnya Mohd Helmi Khalid bagaimanapun berkata Azizan belum boleh bercakap dan masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

“Kira-kira pukul 4 petang tadi, doktor yang merawatnya memanggil isteri dan anggota keluarga dan saya untuk memaklumkan bahawa doktor telah mengurangkan sejenis ubat tahan sakit kepada Datuk Seri Azizan berikutan keadaannya yang semakin stabil.

“Doktor juga maklumkan, beliau telah memberi tindak balas dengan membuka mata apabila dipanggil. Alhamdulillah ini satu perkembangan yang baik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya, Azizan diberi pemerhatian rapi lebih 10 doktor pakar termasuk pakar kardiologi, pakar ortopedik, pakar diabetes dan pakar nephrologi.

“Setakat ini doktor belum maklumkan bila Datuk Seri (Azizan) boleh dibenarkan keluar atau dipindahkan ke hospital lain (di Kedah),” katanya.

Hilmi berkata setakat ini orang awam belum dibenarkan melawat Azizan berikutan keadaannya masih lemah.

Katanya, Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah dijangka melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang pada pukul 7 malam ini.

Azizan, 69, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada Khamis lepas.

Beliau dipindahkan ke HPP pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya dua hari sebelum itu.

Azizan terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berikutan kekalahan pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Ahad lalu.

BN memperoleh 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkan parti itu menubuhkan kerajaan negeri yang baharu. sumber

Advertisements

1 Komen

  1. Thank you for the good writeup. It in reality was once a entertainment account
    it. Look complicated to far added agreeable from you! By the way, how can we communicate?


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s