PR Terima Cabaran Ahmad Mazlan,Amacam Tan Sri Abdul Aziz !

Sai

PETALING JAYA 14 MEI: Pakatan Rakyat bersetuju untuk berhadapan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof bagi membentangkan isu penipuan pilihan raya, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau mewakili Majlis Setiausaha Pakatan berkata demikian menyahut kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan kononnya Pakatan takut untuk berdepan SPR memberi penjelasan terhadap isu penyelewengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Kita bersetuju untuk menjemput Aziz dalam program kita dan membentangkan semua salah laku serta penipuan dalam pilihan raya,” kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.


Beliau dalam nada sinis turut meminta ‘pertolongan’ Ahmad Maslan untuk memujuk Aziz jika beliau enggan hadir.
“Sekarang kita sepak bola kembali kepada Ahmad Maslan. Pakatan sentiasa bersedia untuk berhadapan Aziz, kita juga harap tuan pengerusi tidak keberatan untuk hadir,” katanya.
“Kalau Aziz boleh hadir ke program Umno hanya seminggu selepas pilihan raya, kenapa tidak ke program Pakatan Rakyat. Saya percaya Aziz akan bertindak adil,” sinis Saifuddin lagi.
Hadir sama sidang media, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali; Setiausaha Kelola DAP, Anthony Loke dan Timbalan Penerangan DAP, Zairil Khir Johari.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s