KIMA Terpaksa Merayu Minta Jawatan Apabila Najib Langsung Tak Pandang..

 

GEORGE TOWN: Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbang untuk melantik wakil parti itu menyertai barisan Kabinet bagi penggal ini.

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu Barisan Nasional (BN) dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.

“Kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan wakil kami sebagai timbalan menteri di mana-mana kementerian yang dirasakan sesuai.

“Semoga dengan kehadiran KIMMA bakal menyemarakkan lagi perjuangan BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Adalah menjadi harapan besar kami agar permintaan kami mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Perdana Menteri,” katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Beliau berkata usul memohon jawatan timbalan menteri dalam kabinet baharu itu telah disuarakan pada Konvensyen KIMMA Kebangsaan ke-36, 13 Oktober tahun lepas, dan usul itu telah dihantar kepada perdana menteri.

Faruk berkata pihaknya akan menghantar surat berhubung rayuan itu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Beliau berkata masyarakat India Muslim merangkumi kira-kira 675,000 orang di seluruh negara dan katanya pelantikan seorang wakil parti itu di dalam kabinet dapat mengetengahkan suara-suara masyarakat itu ke peringkat persekutuan.

Katanya, sehingga kini KIMMA mempunyai sebanyak 285,000 anggota di seluruh negara dan di Pulau Pinang sebanyak 12,000.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s