Kenyataan Telampau Keluar Dari Mulut Zahid Hmidi!

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.

NONEJika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia.

Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.

Ahmad Zahid berkata golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem  politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.

“Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.

“Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya,” katanya.mk

 Admin;

Zahid hang guna ayat yang selalu kaum hang guna lebih kurang Cina balik Cina India balik india termasuk kepada penyokong PR yang melayu..Umno BN dah macam maksum la pulak tak pernah buat salah tegur sikit dah melompat habis semua di ungkit termasuk sanggup halau rakyat sendiri keluar..Yang nampak bangang Umno BN ni Bangla di beri IC  dapat kerakyatan,Yang rakyat Malaysia pulak di halau hanya kerana tidak menyokong UBN..Pasaipa hang nak suruh rakyat yang menolak sistem korup yang di amalkan UBN dan kerajaan Malaysia keluar dan hijrah sedangkan mereka juga rakyat malaysia yang taat kepada pelembagaan serta Raja-Raja melayu hanya tidak kepada UBN,Di dalam negara yang amalkan sistem Demokrasi rakyat berhak suarakan ketidak puasan hati mereka tampa sekatan dan halangan kerajaan harus mendengar dan lakukan perubahan bukannya Menghalau rakyat sendiri hanya kerana menegur  pemerintah ini bukan sistem Demokrasi tetapi kuku besi.

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!

Advertisements

1 Komen

  1. Marvelous, what a blog it is! This blog provides useful
    facts to us, keep it up.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s