Tiada MOU Antara Ustaz Azizan Dan Mukriz

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, menjelaskan Azizan ada bertemu Mukhriz di Mesir.

Bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Kedah menafikan ada perjanjian persefahaman (MOU) antara Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan Menteri Besar baru, Datuk Mukhriz Mahathir.

Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga Ketua Penerangan PAS negeri, bagaimanapun, mengesahkan Azizan ada bertemu Mukhriz di Mesir sebagaimana dakwaan pihak tertentu.

“Saya ada bersama rombongan Ust Azizan ke Al-Azhar Mesir merundingkan penubuhan Pusat Bahasa Arab di Kedah. Turut serta ialah Ust Abdul Ghani Ahmad yang bertanding menentang Mukhriz di DUN Air Hitam, Dr Rohani (DUN Jitra), Saiful Izham Ramli, Sarina, Zulkifli Yahya, Cikgu Zakiah dan lain-lain.

“Ketika bersarapan pagi di cafe, terserempak dengan Datuk Mukhriz dan rombongannya nak ke Gaza.

“Ustaz (Azizan) hanya menyapa, bersalam, bertanya khabar, bila sampai bila balik, mana destinasi. Tak sampai pun lima minit, kami menuju Al-Azhar, depa masih bersarapan.

“Dari mana datangnya MoU? Celakalah mereka yang mereka cerita memfitnah pimpinan gerakan Islam ini…Allah membandingkan dosa fitnah lebih besar daripada dosa membunuh. Bertaubatlah.

“Mencipta dan menyebar fitnah terhadap pimpinan yang sedang bersabung nyawa bagaikan mainan ,” kata Muhammad Sanusi.

Beliau dipercayai menjawab dakwaan pihak tertentu bahawa Azizan mempunyai perjanjian dengan Mukhriz di Mesir sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Kedah yang diperintah PAS sejak tahun 2008 dirampas Barisan Nasional.

Azizan kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang, dan dua kakinya telah dipotong akibat serangan penyakit kencing manis.

Syaitan iblis menyebar berita

 

Muhammad Sanusi menambah, kumpulan yang mereka-reka cerita itu hendak menjadi syaitan iblis menyebar berita merata dunia.

Katanya, kumpulan ini bukan ahli tetapi mahu mengatur pimpinan, dasar dan strategi jemaah, jika tidak dilayan, dicaci maki dan difitnah.

Abdul Ghani pula berkata, ia setakat berjumpa di kaunter hotel sahaja dan bertanya khabar bila datang dan  berapa lama di Palestin.

Di Hatyai pula terlibat dalam delegasi usahawan Kedah bersama rombongan MITI.

“Itu sahaja. Mana dia MOU tu. Bacul sungguh penyebar fitnah ni,” katanya.

Abdul Ghani mendakwa, fitnah itu juga yang dimainkan oleh ahli dan pimpinan PAS di Jerlun yang mengatakan beliau ada buat MOU dengan Mukriz di Hatyai dan Mesir.

“Siap maki lagi dalam SMS. Suruh datang mari bersemuka tak angkat call (panggilan). Ni lah salah satu punca bila ahli PAS sendiri suka calon PAS kalah,” katanya.

Saiful Izham turut mengesahkan penjelasan mengenai pertemuan di cafe hotel semasa makan pagi di Kaherah sebelum bertolak untuk program rasmi di Universiti Al Azhar.

Beliau mendakwa  beliau sarapan  semeja bersama Azizan dan dua orang anaknya.

“Saya yang turun bersama-sama beliau dari bilik penginapan beliau sehingga ke cafe hotel. Mukhriz yang ketika itu bersama-sama Fathul Bari Mat Jahaya dan dua  yang lain datang menyapa Ustaz dan bertanyakan khabar kesihatan beliau serta acara lawatan rasmi ke Mesir,” katanya lagi.

Sepatutnya, kata Saiful Izham kita  bermuhasabah menelusuri kembali punca kekalahan dan mencari jawapan untuk merungkai punca, bukannya saling menuding jari dan mencipta fitnah.

Saling menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah dan persoalan bahkan ianya akan melebarkan retak dalam jemaah, kata beliau.Fmt

10 Komen

  1. Unquestionably believe that which you said. Your favorite justification seemed
    to be on the web the easiest thing to be aware of. I say to you, I certainly get irked while people
    think about worries that they plainly don’t know about. You managed to hit the nail upon the top and defined out the whole thing without having side-effects , people can take a signal. Will probably be back to get more. Thanks

  2. Its not my first time to pay a quick visit this site, i am browsing this site dailly
    and take good data from here daily.

  3. Hi, I log on to your blogs on a regular basis. Your writing style is awesome, keep it up!

  4. Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement
    account it. Look advanced to far added agreeable from
    you! However, how could we communicate?

  5. What i don’t realize is actually how you are now not really a lot more well-favored than you might be right now. You are very intelligent. You recognize thus considerably with regards to this subject, made me in my view believe it from numerous various angles. Its like men and women are not fascinated unless it is one thing to do with Lady gaga! Your personal stuffs outstanding. All the time care for it up!

  6. These are truly enormous ideas in concerning blogging.
    You have touched some good points here. Any way keep up wrinting.

  7. Woah! I’m really loving the template/theme of this site. It’s simple,
    yet effective. A lot of times it’s very hard to get that “perfect balance” between user friendliness and visual appeal. I must say you’ve done a
    excellent job with this. Also, the blog loads very fast for me on Internet explorer.

    Outstanding Blog!

  8. My family members all the time say that I am killing my time here at web, except I know I am getting knowledge all
    the time by reading such nice articles or reviews.

  9. What’s up, yeah this piece of writing is genuinely nice and I have learned lot of things from it about blogging. thanks.

  10. Thanks in support of sharing such a good thought, post is
    good, thats why i have read it entirely


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s