Adam Adli Ditangkap Pulak Di Bangsar Utama Hari Ni!

Aktivis pelajar Adam Adli ditangkap di Bangsar Utama hari ini dan akan disiasat di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.

Menulis dalam twitternya awal pagi ini, Adam berkata dia ditangkap di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Adam yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.

Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Dalam ucapan ringkasnya, Adam berkata sepintas lalu bahawa dia kisah didakwa atas kesalahan menghasut berkaitan komennya pada malam tersebut.

Pelajar UPSI berusia 23 tahun itu sebelum ini disiasat kerana menurunkan bendera yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di luar ibupejabat Umno di Kuala Lumpur tahun lepas.mk

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s