Ambik Hangpa! GST Habuan Rakyat Menangkan UBN…

Nasibmulah rakyat! BN menang PRU13 walaupun dengan cara yang paling tidak bermaruah.

Namun yang lebih mengecewakan, GST dikenakan setelah ditangguhkan sebelum pilihanraya diadakan semata-mata untuk mengelak rakyat daripada melahirkan undi protes. Dan kini ia dilaksanakan sebaik saja pilihanraya selesai. Begitu mudah rakyat tertipu dan ditipu.

Kata Idris Jala, perlaksanaan GST akan meningkatkan pendapatan negara. Namun ditutupnya fakta bahawa GST akan menurunkan pendapatan rakyat! 

Beliau berkata cukai perkhidmatan sebanyak tujuh peratus juga dilaksanakan di negara jiran, Singapura. Tetapi beliau mengabaikan fakta bagaimana Singapura menaikkan pendapatan rakyatnya sehingga pendapatan perkapita rakyatnya USD60,500.

 

BUKIT MERTAJAM: Tidak sampai seminggu pembentukan kabinet baru Kerajaan Malaysia selepas Pilihan raya Umum Ke-13, BN terpaksa menggunakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alasan kekurangan dana kerajaan untuk mentadbir negara lima tahun akan datang.

 

Justeru, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala kononnya, mekanisma pencukaian bahan itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion apabila matang.

 

Menurut Anwar, selepas ini rakyat terpaksa menanggung GST yang telah diperkenalkan tetapi tidak ‘didendangkan’ berikutan musim pilihan raya umum tetapi selepas menikmati kemenangan, BN terus melaksanakanya tanpa mempedulikan penentangan rakyat.

“Tidak sampai seminggu pembentukan kabinet mereka (BN) sudah bercakap mengenai GST. Bagi mereka GST perlu untuk mengimbangkan dana yang sudah kurang ekoran keluar terlalu banyak masa pilihanraya umum lalu.

 

“Rakyat yang memenangkan mereka akan merasainya sekarang,” terangnya ketika bercakap di majlis Jamuan Kemenangan Rakyat di Kubang Semang, Bukit Mertajam tengah hari tadi.

 Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, rakyat marhaen yang mengundi BN pasti ‘berkerut muka’ selepas ini kerana tertipu dengan janji manis ketika pilihanraya umum lalu.

Kemungkinan bagi mereka, katanya, kenaikan barangan tidak menjejaskan kehidupan kerana kenaikan itu tidak mahal malahan mampu dibayar jika dikenakan.

Sambungnya, itulah pemikiran orang Melayu, mereka pandang tidak jauh sebaliknya terpedaya dengan dailog pilihanraya walaupun diumpan dengan kain batik, kain pelikat dan wang BR1M.

Media melaporkan, Idris semasa bercakap pada Forum ‘GE13’ What Is means for business? (PRU 13-Apa Ertinya Bagi Perniagaan) berkata, Malaysia akan dapat menambah pendapatan hingga RM27 billion jika cadangan cukai GST sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di Singapura.

Bahkan dapat menjana dana tambahan bagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto BN sebelum Pilihanraya ke-13 lalu.HD

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s