PAS Dapat Empat Kerusi Exco Selangor PKR 3,DAP 3

Barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) akan diwakili empat calon daripada PAS dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Memaklumkan akan mengguna pakai formula 3:3:4 (PKR: DAP: PAS), beliau sekaligus mengesahkan cakap-cakap akan berlaku perubahan dalam agihan perwakilan dalam barisan exco berikutan penguasaan PAS dan DAP yang masing-masing dengan 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 14 kerusi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

Pada PRU 2008, PKR yang menang 15 kerusi DUN, DAP (13 kerusi) dan PAS (lapan kerusi) menggunakan formula 4:3:3 bagi barisan exco iaitu empat daripada PKR dan masing-masing tiga daripada DAP dan PAS.

Abdul Khalid berkata senarai nama calon bagi mengisi barisan Exco telah diserahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas termasuk senarai calon alternatif.

“Saya telah berikan senarai kepada baginda termasuklah beberapa nama alternatif bagi memberi peluang kepada baginda untuk melihat dan membuat pilihan. Jika ada sebarang perubahan baginda akan memanggil saya untuk diadakan perbincangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran DUN Pelabuhan Klang di Pandamaran di sini Sabtu malam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang berkata upacara mengangkat sumpah exco kerajaan negeri akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.

Mengenai calon PKR yang bakal menganggotai barisan exco serta sama ada Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut tersenarai, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak akan diumumkan sehinggalah hari upacara mengangkat sumpah.

Ketika diminta mengulas tindakan DAP yang menamakan dua Adunnya iaitu bekas Speaker yang juga Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim dan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah untuk mengisi kuota Exco, beliau berkata: “Itu cadangan mereka dan nama yang diterima akan diumumkan sebelum angkat sumpah pada minggu kedua.”

Abdul Khalid yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua pada 14 Mei lepas, berangkat ke luar negara hari ini bagi mendapatkan rawatan susulan ekoran kesihatannya yang terjejas sebelum PRU-13 dan beliau dijadual pulang Jumaat ini.MYS

3 Komen

  1. I was wondering if you ever thought of changing the structure of your website?

    Its very well written; I love what youve got to say.
    But maybe you could a little more in the way of content
    so people could connect with it better. Youve
    got an awful lot of text for only having one or two images.
    Maybe you could space it out better?

  2. Hi I am so glad I found your blog page, I really found you
    by mistake, while I was looking on Digg for something else,
    Regardless I am here now and would just like to say many thanks for a tremendous post and
    a all round entertaining blog (I also love the theme/design), I don’t have time to browse it all at the minute but I have saved it and also included your RSS feeds, so when I have time I will be back to read a great deal more, Please do keep up the excellent work.

  3. Heya i’m for the primary time here. I came across this board and I to find It really useful & it helped me out a lot. I’m hoping
    to present something back and help others such as you helped me.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s