Tony Pua-Isu Exco Selangor Akan Selesai Dalam 2 Hari

KUALA LUMPUR: DAP yakin tiada isu besar dalam pembentukan Exco Selangor dan akan diselesaikan dengan baik dalam masa dua hari lagi.

Setiausaha Publisitinya, Tony Pua dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah berjumpa dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenainya petang ini.

Dalam pertemuan itu beliau bersama dengan Teresa Kok (Pengerusi DAP Selangor) dan Teng Cham Khim (Timbalan Pengerusi DAP Selangor) telah berbincang mengenainya dengan Khalid.

“Kita telah mencapai kata sepakat ianya akan diselesaikan dengan baik dan tidak akan ada kenyataan sehinggalah Exco dibentuk,” kata Tony.

Pagi tadi, Tony Pua dalam kenyataannya mempertikaikan perubahan keputusan yang telah dicapai sebelum ini.

Sebelum ini PAS diputuskan akan menentu Speaker dan akan mendapat tiga kerusi Exco manakala DAP akan mendapat 4 dan PKR 3.

Namun malam tadi Khalid dalam kenyataannya berkata, kouta Exco adalah PAS 4, DAP 3 dan PKR 3.HD

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s